Kampus & Pendidikan 28 Feb, 2023

Tahniah! USIM terima anugerah IBFIM! Outstanding Industry Collaboration Award dalam kewangan Islam!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapat pengiktirafan Outstanding Industry Collaboration Award daripada Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) atas kerjasama erat dalam bidang kewangan Islam.

Anugerah disampaikan oleh Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersempena 4th IBFIM Certification Conferment Ceremony di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre Kuala Lumpur pada 25 Februari 2023 baru-baru ini.

Ia sebagai simbolik kerjasama antara USIM yang diterajui Fakulti Ekonomi dan Muamalat dan IBFIM, yang telah menandatangani Memorandum Perjanjian dalam bidang kewangan Islam pada tahun 2020 di mana kerjasama ini memfokuskan kepada penawaran program Certified Profesional Shariah Auditor (CPSA).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kolej dan Universiti


Menurut Prof Dato Dr Sharifudin Md Shaarani Naib Canselor USIM, program CPSA ini merupakan kajian berkenaan audit syariah yang dilaksanakan oleh sebuah pasukan kajian di bawah Kluster Accounting, Auditing and Governance in Islamic Institutions (AAGII) yang diselia di bawah Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM sejak tahun 2009 lagi.

“Melihatkan kepada potensi bidang audit shariah, AAGII yang diketuai Prof Dato Dr Mustafa Mohd Hanefah telah mengorak langkah dengan memperkenal silibus pengajian audit syariah bagi program-program prasiswazah di bawah FEM bermula 2010. 

"Ini disusuli penerbitan buku ilmiah pertama berkenaan audit syariah terbitan USIM yang diberi nama Governance & Shariah Audit in Islamic Financial Institutions pada tahun 2012," katanya.

Dr Sharifudin Md Shaarani menambah lagi, atas kerjasama yang terjalin ini, pihak USIM berbesar hati menganugerahkan Anugerah Khas Rakan Industri bersempena Majlis Konvokesyen Ke-20 USIM pada Disember 2022 kepada IBFIM. 

Beliau berharap agar kolaborasi kedua-dua belah pihak ini akan melahirkan generasi yang pakar dalam industri kewangan Islam di Malaysia terutama yang berkaitan audit syariah.

Turut hadir Prof Madya Dr Khairil Faizal Khairi , Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat serta Prof Dr Zurina Shafie dan Dr Iqmal Hisham Kamarudin ke majlis tersebut. - KitaReporters/USIM


 

11
10
0
16
0
You will be interested