Kampus & Pendidikan 28 Aug, 2023

Tak sabar ditauliahkan! 22 Pegawai Kadet Palapes Laut UUM jadi Lt Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Palapes Laut UUM jalani latihan kawad.

Pegawai Koordinasi (PKOR) Palapes Laut UUM, Lt Firdaus Samingin TLDM memeriksa pasukannya.

Seramai 22 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut, Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah antara 1,499 yang akan ditauliahkan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam (UA) ke-41 pada 9 September 2023 nanti.

Kesemua 10 pegawai kadet lelaki dan 12 pegawai kadet perempuan yang telah berjaya menamatkan latihan selama tiga tahun ini akan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM).

Pegawai Koordinasi (PKOR) Palapes Laut UUM, Lt Firdaus Samingin dari TLDM berkata, kesemua mereka ini juga telah berjaya menjalani latihan tempatan, berterusan dan juga kem tahunan.

Katanya, ilmu ketenteraan bagi membina insan disiplin dan bersemangat waja pastinya menyiapkan diri mereka sebagai warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.



Moga sepanjang mereka menjalani latihan ini dan ditauliahkan sebagai pegawai muda terlatih bagi TLDM ini akan membantu negara kelak.

Palapes Laut UUM ini telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984.

Tinjauan sekitar kampus UUM memperlihat pegawai-pegawai kadet ini sibuk dengan persiapan latihan dan masing-masing tidak sabar ditauliahkan selepas tiga tahun mereka mengikuti latihan. - KitaReporters


Pegawai Kadet Laut selepas menjalani latihan riadah.
Bakal ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTLDM.

20
13
0
13
0
You will be interested