Kampus & Pendidikan 28 Sep, 2023

Tahniah Nur Ain Madihah! Johan Ketua Platun Puteri Kadet Remaja Sekolah 2023! Pelajar SMK Pulau Nyior!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Sesi latihan Kadet Remaja Sekolah (KRS) sebelum menyertai pertandingan di bawah kelolaan guru penasihat.

Nur Ain Madihah Mohd Shahril pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior (SMKPN) dinobatkan Johan Ketua Platun Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2023 kategori Puteri bagi peringkat daerah Kubang Pasu.

Anak ketiga daripada empat beradik yang ditemui itu berkata, kejayaan yang dicapai ini bukan sahaja sebagai hadiah untuk guru dan sekolah ini namun kejayaan yang dikecapi ini diharap membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

“Saya berterima kasih kepada guru-guru dan rakan sepasukan yang memberi kerjasama dan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya meraih Ketua Platun KRS 2023,” ujar anak buruh binaan ini.


Nur Ain Madihah Mohd Shahril dinobatkan Johan Ketua Platun KRS 2023 kategori Puteri bagi peringkat daerah Kubang Pasu.

Sementara itu guru penasihatnya Mohamad Halizal Halim ketika dihubungi berkata, kejayaan yang dicapai ini pastinya hasil usaha dan bimbingan daripada guru-guru penasihat dan juga usaha pasukan ini.

“KRS SMKPN juga berjaya meraih Trofi Naib Johan Platun Puteri KRS selain daripada Ketua Platun,” katanya.

“Disiplin dan kerjasama daripada ahli kumpulan dan ibu bapa serta guru-guru pembimbing juga adalah faktor utama kejayaan ini,” sambungnya. 

Pasukan yang terdiri dari 23 kadet tingkatan tiga dan empat ini ini menjalani sesi latihan selama dua bulan dan kemudian menjalani latihan secara intensif selama dua minggu mulai 10 hingga 21 September 2023 sebelum menyertai pertandingan.

Guru-guru penasihat KRS SMKPN terdiri daripada Mazni Mustafar, Ustaz Ishak Aziz, Mohamad Halizal Halim, Zamzuri Hussin, Siti Nabihah Izhar dan Fazlina Din.


Nur Ain Madihah bergambar dengan Mahadhir Ismail.

Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran,  Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK), Mahadhir Ismail.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu, Mukhtar Mansor dan Pengetua SMKPN, Ahmad Othman. - KitaReporters


Pasukan KRS SMKPN bersama Pengetua dan guru penasihat bergambar kenangan selepas majlis itu.

16
8
0
9
0
You will be interested