Kampus & Pendidikan 23 Mar, 2021

Berminat dengan plat khas? UniSZA buka bidaan nombor plat khas! Boleh menangi hadiah menarik!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Hassan Basri melancarkan pembukaan nombor plat istimewa UniSZA


PEMINAT nombor plat istimewa dan berlainan dengan plat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini berpeluang memiliki nombor plat khas itu menerusi bidaan yang dikeluarkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu

UniSZA juga turut menawarkan pelbagai hadiah menarik dan lumayan kepada orang ramai yang membuat bidaan nombor plat eksklusif universiti terkenal di negara ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


Dr Hassan Basri menunjukkan tanda bagus kepada sebuah kereta plat istimewa UniSZA


Menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook rasmi UniSZA, universiti itu menyediakan empat kategori pakej harga nombor plat yang ditawarkan iaitu Bernilai (Golden), Menarik (Attractive), Popular dan Semasa.

Sempena tawaran istimewa itu, satu Majlis Pelancaran Nombor Plat UniSZA oleh Naib Canselor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah diadakan di Bangunan Canselori UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu pada 22 Mac 2021.


Antara model kereta yang digunakan oleh UniSZA



Kenyataan tersebut berkata, bidaan bermula 22 Mac hingga 26 Mac 2021 dan orang ramai yang berminat untuk membuat bidaan boleh menggunakan pautan ebida.unisza.edu.my atau menghubungi menerusi telefon Dr Sadad (013-6808358), Prof Shukri (013-6753730) dan Syahrul (013-6753713> 

Sambil membida, orang ramai juga  juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah berupa kereta, motosikal dan telefon pintar.


Bukan itu sahaja, malah mereka yang membuat bidaan nombor plat eksklusif UniSZA dan berpeluang untuk dapatkan diskaun pembelian kereta melalui syarikat- syarikat dan kereta-kereta tertentu sahaja. 

Dr Hassan berkata, program bidaan nombor plat khas UnsZA itu satu lagi usaha universiti tersebut  untuk memperkenalkan produk universiti selain merapatkan hubungan dengan  masyarakat luar. - KitaReporters


 

 

 

4
2
0
0
0
You will be interested