Seramai 20 pelajar dan 14 pensyarah dari Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Fakultas Vokasi, Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Surabaya, Indonesia menyertai Program Jalinan TVET Nusantara, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan di Ekowisata Mangrove Wonorejo, Surabaya, Indonesia pada 22 Disember 2025.

Program bertemakan Education and Conservation of Mangrove Ecosystem (Pendidikan dan Pemuliharaan Ekosistem Hutan Bakau) membabitkan aktiviti utama seperti penanaman pokok bakau sebagai usaha pemuliharaan ekosistem pesisir, sesi pendidikan berkaitan kelestarian alam sekitar, dan pertukaran budaya serta ilmu antara dua institusi.
Menurut
Pengarah PUO, Dr Salmi Che Meh berkata, usaha murni ini sangat membanggakan
kerana ia membuktikan bahawa PUO bukan sahaja komited dalam memberikan khidmat
kepada komuniti tempatan, tetapi juga aktif meluaskan impak sosial dan
pendidikan ke peringkat serantau.
“Inisiatif ini mencerminkan nilai TVET yang menyeluruh – berasaskan ilmu, lestari, dan menjalin hubungan strategik, " katanya dalam kenyatan pada 2 Januari 2025.

Katanya, program ini bukan sahaja memperkukuh jaringan dua hala antara Malaysia dan Indonesia melalui platform TVET, malah menjadi wadah menyemai kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
“PUO
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
“Semoga inisiatif ini menjadi inspirasi kepada lebih banyak kerjasama antarabangsa yang memberi manfaat kepada komuniti dan alam sekita.” katanya. - KitaReporters
