Kampus & Pendidikan 10 Nov, 2025

Seabad Gemilang! Pertandingan ragbi alumni antara rumah sukan meriahkan sambutan 100 tahun sekolah!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Sambutan ‘Seabad Gemilang’ pada 1 Novermber 2025 semperna 100 tahun usia penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (SMKSS) yang terletak di Kuala Terengganu mencipta sensasi tersendiri setelah berjaya menghimpunkan bekas-bekas pemain ragbi sekolah ini untuk kembali mewakili rumah-rumah sukan, sekali,gus mengembalikan nostalgia sewaktu zaman persekolah lalu.



Berlangsung dalam satu penganjuran yang serba ringkas tidak menghalang untuk menghimpunkan keseluruhan seramai 60 pemain untuk hadir bersama ahli keluar masing-masing bagi memberi sokongan, sekali gus memberi tambah nilai untuk saling mengenali antara mereka.

"Bukan untuk membuktikan pasukan atau ‘batch’ mana yang hebat dan juga bukan kembali bertemu untuk menunjuk siapa yang lebih hebat pada hari ini. 

"Ia adalah tentang pertemuan adik beradik yang telah lama tidak bertemu setelah meninggalkan zaman persekolahan dengan haluan masing-masing ketika itu.

“Tidak pernah terpikir untuk kembali bertemu di atas padang penuh nostalgia ini di mana hari ini (I November 2025) kami mewakili rumah sukan masing-masing untuk kembali beraksi. 

"Ia sesuatu yang amat sentimental buat kami semua,” ujar Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab yang bermula di tingkatan 1 pada tahun 1987.



Aksi bekas pemain ragbi yang juga merupakan bekas pelajar SMK Sultan Sulaiman (SMKSS) kembali beraksi di padang sekolah mereka semperna Kejohanan Touch Rugby Alumni SMKSS 2025 yang telah berlangsung di Kuala Terengganu  pada 1 November 2025. 


Menambah menarik, tulang belakang penganjuran ‘hari sukan sekolah’ ini juga adalah bekas pelajar yang kini menjawat sebagai pengetua di SMKSS ini.

“Sebagai bekas pelajar sudah tentu masing-masing ingin kembali berbakti kepada sekolah ini dengan cara yang tersendiri. Begitu juga saya sebagai seorang guru yang kini hanya berbaki beberapa tahun lagi sebelum menamatkan perkhidmatan. 

"Bukan untuk kepuasan diri, secara peribadi ia satu tanggungjawab sosial untuk merapatkan silaturahim antara bekas-bekas pelajar sekolah ini  khususnya mereka yang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk hadir pada hari ini.

"Sekolah ini mempunyai sejarah yang panjang dalam melahirkan atlet-atlet dalam pelbagai jenis sukan telah mahupun sehingga kini untuk beraksi di pentas kebangsaan mahupun antarabangsa. 

"Begitu juga ragbi, secara tradisi dari generasi-generasi terdahulu sehingga kini meletakkan nama sekolah dari Terengganu ini setanding dengan nama-nama besar di luar sana khususnya sekolah berasrama penuh yang turut mempunyai legasi dalam sukan ragbi tanah air," berkata Mohd Fadzli Yusoff yang kini berusia 56 tahun.

Beliau juga merupakan antara watak penting dalam perkembangan sejarah ragbi negara di mana beliau pernah beraksi selaku pengadil di kejuaraan antarabangsa.


Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab (kiri) dan Mohd Fadzli Yusoff (dua dari kanan) bersama rakan-rakan zaman persekolahan kembali ke padang ragbi yang terletak di sekolah itu. 


Pada perlawanan yang dinamakan sebagai Kejohanan Touch Rugby Alumni SMKSS ini sebanyak 4 pasukan berentap terdiri daripada Indera, Laksamana, Mahkota dan Paduka yang merupakan rumah-rumah sukan bagi SMKSS yang turut menawarkan pembelajaran sehingga tingkatan enam.

Indera dinobatkan selaku juara setelah menafikan Paduka pada penentuan akhir kejohanan, manakala rumah sukan Mahkota meraih tempat ke-3 dan Laksama di tempat ke-4. - KitaReporters/Kenyataan Media


6
16
0
11
0
You will be interested