Kampus & Pendidikan 18 Apr, 2022

Tahniah Dr Mazlan Abd Ghaffar! KPT lantik semula jadi Naib Canselor UMT! Hingga 17 April 2023!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Mazlan menyampaikan ucapan dan daftar masuk (log in) sempena pelantikan semula sebagai Naib Canselor UMT


KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) melantik semula Profesor Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pelantikan itu bagi tempoh setahun berkuat kuasa 18 April 2022 hingga 17 April 2023 dan disambut baik oleh warga UMT terbabit.

Dr. Mazlan sebelum ini adalah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) seterusnya dilantik sebagai Naib Canselor UMT oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad pada 2 Ogos 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kampus UMT

Dr Mazlan Abd Ghaffar


Dr Mazlan mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan bidang sains perikanan seiring dengan nic penyelidikan UMT yang bertunjangkan ilmu kelautan dan sumber akuatik.

Selain itu, Dr. Mazlan berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang mana portfolio yang disandang beliau ketika menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti sama.



Antara pencapaian terbaik beliau ialah mendapat pengiktirafan Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi dan mengetuai projek khas Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) hasil kerjasama dengan beberapa buah universiti awam iaitu Ocean Climate Change: Potential Risk, Impact and Adaptation Towards Marine and Coastal Ecosystem Services in Malaysia serta mewujudkan kaedah penjanaan dana universiti melalui pengkomersialan harta intelek.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UMT, sumbangan pada peringkat antarabangsa juga antara lain ialah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Ichthyological Society of Japan, Marine Biology Association of United Kingdom, Asean Fisheries Society dan Taiwan Oceanography Society.



Sementara itu, Dr. Mazlan berkata beliau akan meneruskan agenda memperkasakan bidang tujahan utama UMT iaitu sains marin serta berusaha meletakkan UMT sebagai sebuah universiti yang berfokus cemerlang.

“Terima kasih kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk terus menerajui UMT,” katanya menerusi kenyataan tersebut. 

Untuk rekod, Dr. Mazlan merupakan Naib Canselor UMT ke-6, manakala Naib Canselor pertama bermula tahun 2001 di bawah nama Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). - KitaReporters


Dr Mazlan (tengah) bergambar kenangan bersama Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai Khas Naib Cancelor UMT

21
12
1
12
0
You will be interested