Kampus & Pendidikan 25 Apr, 2021

Pelajar Inapan Siswa UUM masak bubur lambur! 400 bungkus diagihkan kepada petugas frontliners

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Siti Nor Zulaika Abdullah (kanan) menyerahkan Bubur Lambuk kepada staf Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Bukit Kayu Hitam


Lebih 400 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada barisan hadapan atau frontliners di Changlun dan Bukit Kayu Hitam oleh Jawatankuasa Kepimpinan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewinds (Prowins) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 23 April 2021.

Pengarah program Siti Nor Zulaika Abdullah, 22, berkata program memasak bubur lambuk dengan kerjasama Pusat Islam UUM ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf malah dapat berkongsi juadah berbuka ini dengan frontliners di UUM, Bukit Kayu Hitam dan Changlun.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM

Staf Jabatan Kastam Diraja Malaysia Bukit Kayu Hitam turut menerima Bubur Lambuk UUM.


Wakil Balai Polis Bukit Kayu Hitam menerima bungkusan bubur lambuk.


"Setiap tahun bubur lambuk UUM ini akan menjadi tarikan dalam kalangan warga kampus dan masyarakat setempat terutama frontliners setiap kali menjelang Ramadan," katanya lagi.

Namun akibat pandemik koronavirus COVID-19 sejak tahun lepas (2020) aktiviti ini kurang meriah kerana terpaksa mengehadkan penglibatan pelajar atau staf yang ramai dan terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Staf dan pelajar UUM gotong-royong menyediakan bubur lambuk.


Staf Inasis Prowins menunjukkan ramuan yang digunakan untuk memasak bubur lambuk.


Bubur lambuk yang dihasilkan itu diagihkan kepada Unit Keselamatan UUM, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Jabatan Kastam Malaysia Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Klinik Kesihatan Laka Temin Bukit Kayu Hitam dan asrama anak yatim di Rumah Kebajikan UUM.

Dalam pada itu, Pengetua Inasis Prowins Dr Rohafiz Sabar yang turut serta untuk mengagihkan bubur lambuk ini gembira kerana rata-rata kedatangan pihak UUM ini memberi kegembiraan pada mereka terutama ketika COVID-19 ini.

"Alhamdulilah dapat juga merasakan bubur lambuk UUM tahun ini (2021) berbanding tahun lalu," kata frontliners yang menerima kunjungan mereka. - KitaReporters


Gotong-royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam UUM.


Petugas Inasis Prowins yang menyediakan bubur lambuk.

3
0
0
0
0
You will be interested