Menara Gading 10 Feb, 2021

Video| Kupon Kasih: Terima kasih UUM! Kupon makanan bernilai RM8,400 untuk pelajar di Sintok!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Penyediaan kupon makanan untuk 120 pelajar daripada kategori B40.


KUPON makanan bernilai RM8,400 telah diedarkan kepada 120 pelajar yang menetap di kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin berkata, pengedaran Kupon Kasih itu kepada 120 pelajar selama 14 hari itu membolehkan mereka membeli makanan di kafeteria universiti ini.

"Kupon ini akan diedarkan oleh Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ) melalui Presiden Inapan inapan masing-masing," kata beliau ketika menyerahkan relika kupon kepada Presidennya, Muhammad Saniy Samsudin di ruang galeri Jabatan Hal Ehwal Pelajar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin (dua dari kiri) menyerahkan kupon bernilai RM8,400 kepada Majlis Presiden JKPS, Muhammad Saniy Samsudin.


Dr Massudi berharap pelajar yang menerima kupon ini akan menggunakannya untuk membeli makanan di kampus ini.

Kupon yang diedarkan ini adalah hasil sumbangan daripada agensi dan individu bagi membantu pelajar kampus ini terutama ketika pandemik COVID-19 yang dikendalikan oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) Prof Madya Dr Rajwani Md Zain.


Abdul Malik Kalong dari Sabah (kanan) menerima kupon daripada Pengarah SSSD Prof Madya Dr Rajwani Md Zain.



Sementara itu beberapa pelajar yang ditemui berterima kasih kepada UUM yang sentiasa memberi perhatian kepada mereka sejak COVID-19.

Muhammad Sollahuddin Kamarudin ketika ditemui berkata, sumbangan kupon ini merupakan usaha yang murni dan tidak putus-putus membantu pelajar terutama mereka yang terkandas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Manakala Irwan Azwali Abdullah dari Sarawak berharap keluarga pelajar dari Sabah dan Sarawak terutama tidak perlu bimbang dengan keadaan mereka di UUM kerana pihak universiti memberi perhatian sepenuhnya termasuk menyediakan komputer riba, barangan makanan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan terkini pengagihan kupon kepada pelajarnya.

Dalam pada itu Dr Rajwani berterima kasih kepada semua penyumbang yang sentiasa membantu pelajar di kampus ini sejak PKP pada tahun 2020. - KitaReporters


Presiden Inapan Siswa Prowins UUM Muhammad Idzham menyampaikan kupon kepada pelajar terpilih.

You will be interested

Video| Cabaran COVID-19 di UUM! Berjaya tangani berkat sabar, saling membantu pelajar, warga!

Ketelusan serta sikap sabar dan bersedia bantu ketika pandemik COVID-19 pada 2020 dalam kalangan pelajar dan staf jadi punca bagi UUM berjaya hadapi wabak itu

Tolong kami! Bantu pelajar IPT! Semakin ramai rasa tertekan, alami kemurungan belajar online!

Ramai pelajar universiti mengaku mereka rasai tekanan kerana pembelajaran online. Akibat itu, antara mereka alami kemurungan dan tekanan yang agak membimbangkan
Hariyati Ariffin in Menara Gading 2 weeks ago

Video| Barangan keperluan dah berkurangan! Tapi UUM terus agih makanan! Alu-alukan sumbangan!

Barangan makanan di pusat mengumpul foodbank UUM makin berkurangan disebabkan PKP berlarutan namun pihak universiti terus berusaha untuk jaga kebajikan pelajar
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 4 weeks ago

Tahniah UIAM! Dapat pengiktirafan piawaian SIRIM! SASMEC @IIUM diperakui dua persijilan ISO!

Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah @IIUM (SASMEC @IIUM) jadi hospital pengajar yang pertama di Malaysia diperakui dengan 2 sijil ISO oleh SIRIM QAS International
Roslan Rusly in Menara Gading 1 month ago

Video| Kena patuhi SOP! Pelajar UUM tak dihalang anjur program bersemuka masa PKP - Dr Hendrik

Sejak PKP diumumkan pada 2020, pelajar UUM tak dihalang untuk jalankan aktiviti mereka namun perlu patuhi SOP yang ditetapkan - Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 1 month ago