Kampus & Pendidikan 18 Feb, 2022

Video| Jadikan Malaysia hab pendidikan global! MQA komited! Agenda pengantarabangsaan diperkasa!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Warga MQA yang hadir pada majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif MQA Tahun 2022 bertemakan MQA: Peneraju Masa Hadapan. - Kredit foto: MQA International.


AGENSI Kelayakan Malaysia (MQA) komited merealisasikan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan negara ini sebagai hab pendidikan global.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata perkara itu menjadi sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan pihaknya yang digariskan dalam Pelan Strategik MQA 2021-2025.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Mohammad Shatar ketika menyampaikan amanatnya kepada warga MQA, di Mercu MQA, Cyberjaya baru-baru ini.


Dalam teras keempat pelan itu, katanya, MQA mahu menjadi rujukan antarabangsa dalam aspek jaminan kualiti dan kelayakan dalam arena pengajian tinggi.

"Tahun ini, agenda pengantarabangsaan terus diperkasa dan dikongsikan dalam Amanat Ketua Pegawai Eksekutif MQA Tahun 2022.

"Teras pertama amanat berkenaan menekankan mengenai aktiviti korporat dan pengantarabangsaan yang akan diperhebat sepanjang tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Amanat Ketua Pegawai Eksekutif MQA Tahun 2022 bertemakan MQA: Peneraju Masa Hadapan, di Mercu MQA, Cyberjaya pada 28 Januari 2022 lalu.



Mengulas lanjut, Mohammad Shatar, berkata MQA turut memanfaatkan penyertaan pada Minggu Pendidikan Ekspo Dubai 2020 tahun lalu untuk melebarkan jaringan kerjasama dengan badan akreditasi antarabangsa.

Katanya, MQA sudah berbincang dengan wakil dari United Kingdom (UK), Argentina dan Knowledge and Human Development Authority (KHDA) Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk menjalankan kerjasama terutama membabitkan jaminan kualiti.

"Kami juga menjalin kerjasama dengan negara dari Asia Selatan seperti India, Pakistan dan Bangladesh dan terbaru Malaysia turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Georgia bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi kedua-dua negara.

"Semua usaha ini diyakini dapat membantu Malaysia muncul sebagai hab pendidikan global menjelang tahun 2025 seterusnya menarik 250,000 pelajar antarabangsa untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan," katanya. - KitaReporters


Bangunan Mercu MQA yang terletak di Cyberjaya.

24
15
0
15
0
You will be interested