Kampus & Pendidikan 04 Apr, 2022

Syabas Sun Life Malaysia! Lancar anugerah biasiswa RM130k! Bangunkan bakat insan dua pelajar UKM!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this

Kredit foto-foto: Sun Life Malaysia


SEJAJAR dengan misi untuk membina masyarakat yang lebih sihat dan mampan, Sun Life Malaysia, sebuah syarikat penyedia insurans hayat dan takaful keluarga, telah melancarkan anugerah biasiswa “Nurturing Sun Brighter Talent”, demi membangunkan insan-insan berbakat generasi depan untuk memacu pertumbuhan syarikat dan juga industri insurans dan takaful.  

Para penerima anugerah, Nor Halizah Md Yusop dan Hng Chong Khen, dari Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), nyata berbangga dengan pencapaian mereka dan telah menerima anugerah masing-masing pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Sun Life Malaysia dan UKM di pejabat cawangan 1 Utama Sun Life Malaysia baru-baru ini.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UKM 

Raymond Lew (kiri) menyerahkan pelika cek kepada Nor Halizah Md Yusop (tengah) sambil diperhatikan oleh Prof ChM Dr Ishak Ahmad.

Setiap penerima disampaikan anugerah biasiswa bernilai RM65,000, sijil dan sebuah MacBook

Selain daripada itu, penerima anugerah akan menjalani program latihan amali serta mendapat kontrak pekerjaan tetap dengan Sun Life Malaysia selepas menamatkan pengajian. Sun Life Malaysia juga akan membiayai yuran peperiksaan profesional kedua-dua penerima.  

Raymond Lew, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden/Ketua Negara Sun Life Malaysia mengulas, “Sun Life Malaysia menganggap modal insan sebagai aset paling berharga. Kami sentiasa melabur dalam kakitangan kami dengan matlamat mutlak untuk membantu mereka memanfaatkan potensi penuh masing-masing. 

"Menerusi biasiswa ini, selain daripada membantu pelajar yang bercita-cita tinggi mengikuti pengajian impian mereka, kami juga komited untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan memberi bakat tempatan peluang untuk menceburi kerjaya dalam industri insurans dan takaful.”  



Penerima dipilih menerusi proses penilaian teliti yang termasuk temu duga dan sesi pembentangan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Sun Life Malaysia untuk menilai keupayaan akademik, ciri kepimpinan dan juga kemahiran insaniah masing-masing.  

“Kami amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu dengan UKM, yang memang disanjung tinggi kerana kecemerlangan penyelidikan dan juga kewibawaan pelajarnya, untuk menyampaikan anugerah biasiswa sulung kami. 

"Dengan permintaan dan peluang baharu yang muncul di dalam industri, kami mahu menyokong aspirasi akademik pelajar dan membolehkan bakat-bakat tempatan kita untuk terus berkembang maju dalam dunia yang sedang pantas berubah,” ujar Raymond dalam satu kenyataan media pada 4 April 2022.


Raymond Lew (kanan) dan Prof ChM Dr Ishak Ahmad


Sementara itu, Prof ChM Dr Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM berkata, “Kami sentiasa besungguh-sungguh dalam usaha memupuk golongan belia untuk memainkan peranan sebagai pemimpin masa depan. 

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Sun Life Malaysia atas sokongannya kepada UKM untuk memperkasakan generasi muda mencapai kecemerlangan akademik dan memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman pembelajaran menyeluruh agar pelajar “bersedia menyertai industri”.  

Mengulas mengenai biasiswa tersebut, salah seorang penerima, Nor Halizah Md Yusup berusia 21 tahun dari Johor Bahru berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, pensyarah dan semua pihak dari universiti yang menyokong saya dan juga kepada Sun Life Malaysia kerana memberikan bantuan kewangan. 

"Saya amat menghargai biasiswa ini dan saya percaya Sun Life Malaysia akan menjadi tempat kerja yang paling sesuai untuk mengembangkan kreativiti saya dalam bidang sains data.”  - KitaReporters


Kredit foto-foto: Sun Life Malaysia

12
17
0
9
0
You will be interested