Kampus & Pendidikan 11 Aug, 2021

Sejarah tercipta! Program Alumni UPM tersenarai! Malaysia Book of Records! Penyertaan teramai!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Kejayaan ini amat bermakna buat pihak yang terlibat.


TAHNIAH diucapkan kepada pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila program UPM Alumni Golden Fit 2021 sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun (1971-2021) tersenarai dalam The Malaysia Book of Records (MBOR) pada 6 Ogos 2021. 

Program tersebut memperoleh penyertaan terbesar iaitu seramai 6,203 alumni sekali gus dinobatkan sebagai rekod penyertaan terbesar dalam acara kecergasan alumni universiti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UPM


Program yang digerakkan secara maya ini bermula pada 5 Februari sehingga 30 Julai 2021. Acara ini membenarkan peserta untuk memilih aktiviti kecergasan yang bersesuaian dengan mereka antaranya berjalan kaki, berlari, menunggang basikal dan juga berkuda.

Para peserta boleh memilih kategori yang disertai dengan jarak dibenarkan iaitu 50, 25, 10 dan lima kilometer. 

Lebih istimewa lagi, setiap kategori akan menerima cenderahati eksklusif, antaranya adalah medal berbentuk logo Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM yang pasti akan menjadi kenang-kenangan sepanjang zaman.


Antara alumni yang menyertai program ini.


Program ini merupakan kerjasama di antara Pusat Perhubungan Alumni bersama pelajar UPM di bawah Chapter Student Ambassador (CSA), Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan juga KDS Apparel.

Majlis penyerahan Sijil The  Malaysia Book of Records yang diadakan secara maya telah dihadiri Prof. Dr. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM; Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal  Ehwal Pelajar dan Alumni); Dato’ Raihan Sharif, Presiden Persatuan Alumni UPM (PAUPM); Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni; Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah ARCUPM; Edwin Yeoh Teong Chin, Perunding Rekod Kanan, The Malaysia Book of Records; Sabrina Abdu Hadid, Pengarah Program UPM Alumni Golden Fit; Jawatankuasa Pengurusan Universiti; pegawai-pegawai kanan UPM, para alumni dan warga kampus.

Raihan melihat program ini bertepatan dalam menghubungkan alumni kepada alma mater. 

Menurut beliau, program ini berbentuk serampang dua mata dalam menggalakkan gaya hidup sihat kepada peserta dan memberi manfaat kepada UPM dalam memastikan maklumat alumni sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa.


Perunding Kanan MBR, Edwin Yeoh Teong Chin.


Dr. Arba’ie pula berkata UPM Alumni Golden Fit telah mewujudkan satu sumbangan alumni yang sangat signifikan iaitu pewujudan satu Biasiswa Menteri Besar Selangor kepada pelajar UPM dan pembinaan Arca 50 Tahun UPM yang akan dibina kelak. 

Semua ini tentunya menjadi momen penting dalam mengingati Sambutan Jubli Emas UPM yang sedang diraikan.

“Saya yakin dan percaya kejayaan program ini adalah hasil tuaian kepada jalinan hubungan yang erat di antara alumni, pelajar dan warga kampus. Tanpa hubungan yang kukuh tidak mungkin program ini dapat memberi impak seperti yang diharapkan.

“Dan inilah semangat kecintaan dan kebersamaan yang ingin kita perkasakan selari dengan slogan ‘Kami Bangga Menjadi Alumni UPM’ agar matlamat “Bersama Mencitra Alumni UPM” dapat direalisasikan,” ujar beliau.


Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud.


Pastinya perkara paling penting di sebalik kejayaan hebat ini adalah sokongan tidak berbelah bahagi daripada Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Pada sesi ucapan, Dr. Roslan menzahirkan rasa kagum atas kegigihan para pelajar dalam merealisasikan acara kecergasan ini demi menyemarakkan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) walaupun dalam suasana getir wabak pendemik Covid-19.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar CSA iaitu sebuah chapter pelajar di bawah ARCUPM kerana telah berjaya melaksanakan program UPM Alumni Golden Fit dengan penuh kecemerlangan.


Ybhg Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman.


“Kejayaan ini tanda kesepakatan dan solidariti semua pihak yang terlibat terutama warga kampus dan alumni UPM dalam memastikan program kecergasan secara maya ini mencapai titik kejayaan seperti yang diharapkan.

“Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama, inilah yang saya hasratkan melalui seruan al-Falah, yang saya zahirkan dalam Naratif Naib Canselor, untuk bersama-sama kita mencitrakan kecemerlangan UPM.

“UPM ini umpama sebuah bahtera yang belayar di samudera luas yang memerlukan sokongan dan dokongan daripada setiap warganya untuk sampai ke destinasi yang kita tujui.

“Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar Selangor melalui Menteri Besar Incorporated kerana telah menaja program UPM Alumni Golden Fit. Menerusi penajaan ini kita telah berjaya menarik lebih ramai alumni untuk menyertai program ini.

“Keterlibatan alumni dalam setiap program yang dianjurkan memperlihatkan kebersamaan alumni untuk sama-sama membantu warga UPM dan pelajar terutamanya yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” akhirinya. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested