Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2023

Hala tuju penyelidikan dan inovasi di universiti awam! Mesyuarat Jawatankuasa TNC PI UA Ke-68 di UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this



Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Dato' Prof Dr Norzaini Azman menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) (JKTTNCPI) Universiti Awam Kali Ke-68 di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, Universiti Utara Malaysia (UUM) 13 Julai 2023.

Mesyuarat yang dihadiri JKTTNCPI ini turut dihadiri Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Prof Madya EUR ING. Ir. Ts. Dr Shahiron Shahidan; Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Kecemerlangan Penyelidikan Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Rohida Kamis; dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya, Profesor Ir. Dr Shaliza Ibrahim yang merupakan Pengerusi Mesyuarat JKTTNCPI UA.


Prof Dr Norzaini Azman (kiri).


Mesyuarat berkala TNC PI Universiti Awam (UA) kali ke-68 ini diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelidikan dan inovasi. 

Dr Norzaini yang ditemui berkata, mesyuarat yang diadakan ini merupakan platform untuk berbincang secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan mendapatkan maklumat terkini mengenai hala tuju sesebuah universiti bagi memantapkan peranannya dalam penyelidikan dan inovasi.


Profesor Ir. Dr Shaliza Ibrahim (tengah) mempengerusikan Mesyuarat JKTTNCPI UA. 


Wakil dari Universiti Malaya turut mengambil bahagian dalam mesyuarat itu.

Kata Dr Norzaini, mesyuarat ini juga dilihat penting dalam konteks menyampaikan perkara baru dan menghebahkan mengenai geran penyelidikan dan status terbaharunya.

Mengenai kehadiran beliau, Dr Norzaini berkata, JPT menghantar wakil untuk menjawab terus sekiranya ada perkara yang dibangkitkan dan perlu dijelaskan. - KitaReporters


Mereka yang menghadiri Mesyuarat menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi) (JKTTNCPI) Universiti Awam Ke-68 di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, Universiti Utara Malaysia (UUM).

13
8
0
10
0
You will be interested