Kampus & Pendidikan 18 Apr, 2024

Aktiviti tengok burung! UMT perkenal inisiatif bagi bantu peningkatan sosioekonomi penduduk tempatan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Dr Mazlan Abd Ghaffar (kiri) dan


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) memperkenal pelbagai inisiatif bagi merancakkan lagi program peningkatan sosioekonomi di kawasan pedalaman melalui penganjuran aktiviti pencerapan burung.

Terbaharu, menerusi pemeteraian kerjasama antara UMT dan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), UMT melalui Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) telah merangka pelbagai program termasuk usaha pembangunan modal insan dalam melahirkan pemandu pelancong  yang terdiri daripada komuniti setempat dan memberi pendedahan berkenaan pengetahuan aktiviti pencerapan burung di beberapa lokasi dalam negara.



Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, jalinan kerjasama itu bakal memberi manfaat kepada penyelidik dan juga komuniti sekitar. 

“Pemeteraian MoU ini juga akan membawa pelbagai manfaat khususnya kepada komuniti tempatan melalui program pemindahan ilmu antara penyelidik UMT serta kepakaran daripada pihak NEST berkaitan ilmu biodiversiti serta aktiviti lain seperti pencerapan burung, pengenalan dan pengecaman kepada spesies burung yang terdapat di kawasan tertentu khususnya Tasik Kenyir, Terengganu.

“Usaha ini mampu merancakkan lagi aktiviti ekonomi dengan kehadiran pelancong, sekali gus memberi limpahan rezeki kepada pengusaha rumah inap, resort, pengusaha makanan dan produk makanan.

"Kepakaran yang dimiliki UMT dan kelebihan fasiliti stesen penyelidikan serta sokongan daripada NGO mampu memberi impak besar kepada sektor pembangunan dan pelancongan di Tasik Kenyir," kata Dr Mazlan lagi.



Penyelidik UMT, Dr. Siti Norasikin Ismail menganggap kolaborasi itu merupakan platform terbaik bagi kerja-kerja penyelidikan selain penghasilan bahan penerbitan berimpak melalui perkongsian sumber serta kepakaran dalam pelbagai bidang seperti pemeliharaan biodiversiti, pembangunan mampan dan kelestarian alam.

Dalam majlis yang sama turut diadakan ialah Pelancaran Bengkel Pencerapan dan Penyelidikan Burung yang akan diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Stesen Penyelidikan Alami Biodiversiti UMT, Tasik Kenyir bagi memberi pendedahan mengenai teknik pencerapan burung (birdwatching) dan aktiviti-aktiviti di lapangan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar, penyelidik, pensyarah, saintis masyarakat dan pencinta alam. - KitaReporter

6
16
0
9
0
You will be interested