Kampus & Pendidikan 17 Jun, 2024

Dua pelajar IPT dapat pakej umrah tajaan! Muncul johan tilawah dan hafaz al-Quran antara universiti!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

 

 

Pemenang pelbagai kategori Majlis Tilawah IPT bergambar kenangan selepas diumumkan sebagai pemenang


PELAJAR Muhammad Aidil Senin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu  dan, Ahmad Abid Mohd Radzi dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman, Kedah bersyukur menerima hadiah kemenangan pakej umrah tajaan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. 

Muhammad ‘Aidil diumumkan johan tilawah kategori lelaki, manakala Ahmad Abid johan bagi hafazan juzuk 1-30 kategori lelaki pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2024,yang berlangsung  di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Kedua-dua mereka turut membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta trofi dan sijil.





Sementara itu, dua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nadirah Syazwani Sapari dan Mawardah Mohd Rani, masing dinobatkan johan tilawah al-Quran dan hafazan juzuk 1-30 kategori wanita, sekali gus menerima wang tunai RM2,000 juga trofi dan sijil. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi,  Datuk Ts. Mustapha Sakmud.




Seramai 160 peserta dari 32 IPT seluruh negara menyertai majlis tilawah itu. 

Majlis anjuran UniSZA dengan kerjasama KPT dan JAKIM itu telah berlangsung selama enam hari bermula pada 8 sehingga 10 Jun bagi peringkat saringan dan 11 hingga 13 Jun 2024 untuk peringkat akhir.

Mustapha berkata, program itu membawa satu gagasan yang besar dalam menjayakan agenda perpaduan kerajaan Malaysia Madani




“Nilai perpaduan yang berteraskan kepada al-Quran adalah merupakan tunjang kepada masyarakat madani, yang maju bukan hanya dari segi kebendaan tetapi juga fikrah dan kerohanian,” katanya Ketika menutup majlis berkenaan.

Menurutnya, institusi pendidikan tinggi (IPT) juga adalah antara platform yang tepat untuk memperkasakan modal insan yang mempunyai fikrah dan kerohanian yang bersepadu dan beraliran sederhana. 

Katanya lagi, majlis tersebut adalah merupakan antara wasilah yang berkesan dalam membangunkan potensi modal insan yang wasatiyah. - KitaReporters


 

10
14
0
10
0
You will be interested