UNIVERSITI Multimedia (MMU), universiti yang mempelopori pendidikan teknologi maklumat dan multimedia kreatif telah memeterai Perjanjian Persetujuan (MoA) dengan Agmo Holdings Berhad bagi menubuhkan sebuah ruang inovatif dalam kampus MMU.
Perjanjian tersebut ditandatangani Prof. Datuk Dr. Mazliham Mohd.
Su’ud, Presiden MMU dan Tan Aik Keong, Ketua Pegawai Eksekutif Agmo Holdings
Berhad di kampus MMU Cyberjaya, baru-baru ini.
Ruang inovatif yang dinamakan sebagai Agmo-Space itu, dilengkapi dengan kemudahan berteknologi canggih seperti peralatan Non-Fungible Tokens (NFT), Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR), Extended Reality (XR), dan sebagainya yang menjadi tarikan kepada pengunjung dan pengguna ruang ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan inovasi
Mengulas mengenai perjanjian itu, Prof.
Mazliham berkata: “Sebagai universiti berstatus Premier Digital Tech
Institution, MMU menyifatkan kerjasama ini sebagai kesinambungan proses digitalisasi
terhadap universiti bagi memperkukuh lagi kedudukan MMU dalam era digital.”
Teruja dengan hasil MoA itu, beliau
berkata, “Agmo-Space akan menjadi ruang inovatif pertama yang ditubuhkan oleh alumni
MMU dalam kampus, dan ia akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan
teknologi masa depan dan menyemai bakat-bakat baharu dalam bidang ini.”
MMU muncul sebagai antara universiti terawal menerima pengiktirafan status Premier Digital Tech Institution daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sejak 2017.
Sejak ditubuhkan 26 tahun lepas, MMU telah melahirkan kira-kira 70,000 graduan berkemahiran tinggi dan kini MMU secara rasminya adalah salah sebuah universiti yang diiktiraf sabagai institusi terbaik untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan teknologi pengkomputeran.
Prof. Mazliham berkata, kolaborasi ini adalah salah satu contoh terbaik untuk menggalakkan alumni-alumni MMU yang lain untuk turut memberi sumbangan kepada MMU dan masyarakat menerusi inovasi yang berkualiti.
Sementara itu, Meanwhile, Mr. Tan Aik Keong berkata, “Dengan penubuhan Agmo-Space, kami menyasarkan untuk menyemarakkan minat pelajar untuk menempa kerjaya dalam industri penyelesaian digital.”
Tambahnya, “"Kerjasama ini adalah satu lagi contoh bagaimana pihak industri boleh bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk membangunkan bakat yang berkaitan dengan industri."
Bersama MMU, Tan Aik Keong berkata, "Kami berusaha untuk membawa projek dan tugasan industri kehidupan sebenar ke dalam kampus untuk menyediakan pelajar dengan pendedahan industri yang relevan sebanyak mungkin". - KitaReporters/MMU