Kampus & Pendidikan 02 Feb, 2023

Kunjungan menteri! Khaled Nordin buat lawatan kerja ke USIM! Pencerahan USIM Cemerlang, USIM Disayang!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 1 Februari 2023.

Delegasi Menteri telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani.

Mengiringi Menteri adalah Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi; Dato Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; dan Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita Kolej & Universiti


Lawatan kerja ini dimulakan dengan lawatan ke reruai pameran di lobi canselori. 

Sebanyak 21 reruai dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTj) telah mempamerkan pencapaian dan projek inovasi universiti antaranya Perkhidmatan Klinik Pakar Mata Bergerak (Klip Mobile), Quality CPR for Training (Q-Cat), Klinik Guaman, Learning Space, Salah Chair Using Electronic Sensor dan Global Islamic Games/Halal.

Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Sharifudin Md Shaarani telah membentangkan Fokus dan Pencapaian Universiti (Journey and Milestone), Cabaran Utama Universiti, Bidang Tujahan (Niche Area), Sumbangan Kepada Komuniti, Masyarakat dan Negara, serta Inisiatif Berimpak dan Keberhasilan Tinggi.



Aspirasi USIM Cemerlang, USIM Disayang yang digagaskan oleh Naib Canselor diterjemahkan dengan maksud kecemerlangan itu bukan sahaja secara individu, bahkan secara holistik di mana warga USIM perlu bergerak sederap dan senada untuk mengangkat dan memartabatkan institusi ilmu Naqli Aqli ini sebagai sebuah universiti yang terbaik dan cemerlang di Malaysia.

Empat teras utama ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’ adalah Visibility@USIM, Financial Sustainability@USIM, Care@USIM dan Community@USIM.

USIM beriltizam dan memegang tekad yang tinggi supaya agenda ini akan berjaya mencapai matlamatnya dengan adanya dokongan hebat daripada semua pihak.

Pengurusan universiti amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian Menteri Pendidikan Tinggi yang sudi melapangkan masa untuk hadir ke USIM. - KitaReporters/USIM


12
8
0
11
0
You will be interested