Kampus & Pendidikan 01 Oct, 2025

Mata Pelajaran Pengajian Umum disemak semula! Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah diutamakan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Perhatian semua pelajar! Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) pada peringkat institusi pengajian tinggi akan disemak semula, manakala subjek teras Bahasa Melayu dan Sejarah mesti dijadikan keutamaan di semua sekolah awam dan swasta.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MPU disemak semula agar lebih segar, relevan serta berkesan dalam membina nilai kenegaraan dan semangat patriotisme.

"Sebagai langkah awal, saya telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk turut berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan subjek teras seperti Bahasa Melayu dan Sejarah diutamakan, termasuk di sekolah swasta dan antarabangsa," tegas beliau.

Anwar berkata demikian selepas menerima pembentangan daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir berhubung Cadangan Semakan Semula Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU).

Cadangan ini, katanya, dirangka hasil libat urus bersama pelbagai pihak termasuk sarjana, universiti awam, MQA (Agensi Kelayakan Malaysia), AKEPT (Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi), SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Kementerian Pertahanan (Mindef) dan lain-lain melalui kajian keberkesanan serta hala tuju baharu pelaksanaan MPU.



"MPU yang disemak semula ini akan diperluas pelaksanaannya bukan sahaja di universiti awam dan swasta, tetapi juga di semua institut latihan di negara kita.

"Usul ini juga akan dibawa ke Jemaah Menteri bagi memperkukuh kesedaran kebangsaan demi melahirkan generasi yang berilmu, berjiwa besar dan cintakan negara," jelas beliau. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
17
0
11
0
You will be interested