Kampus & Pendidikan 09 Aug, 2025

Tolong kami! Bantu Masjid Imam As-Syafie, Bukit Kachi, UUM! Ganti karpet! Perlu RM160,000 lagi!

Share this

Ayuh Infaq untuk projek penggantian karpet untuk Masjid Imam As-Syafie, Bukit Kachi di UUM.

Bertepatan dengan hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang membawa maksud "Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma."

Wakaf, infaq dan sedekah kini sedang menggamit semua umat Islam walaupun serendah seringgit (RM1) dan ayuh kita rebut peluang sedia ada.

Dewan solat utama, Masjid Imam As-Syafie, Bukit Kachi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, kini membuka peluang jariah kepada semua umat Islam di mana sahaja berada melalui 'Sedekah Projek Penggantian Karpet Dewan Masjid' bernilai RM160,000.



Sehubungan itu, Pusat Islam UUM menjemput seluruh warga UUM dan masyarakat untuk bersedekah serendah RM1 kepada Tabung Kebajikan Masjid UUM bagi menggantikan karpet sedia ada yang telah pun digunakan selama 20 tahun.

Sumbangan ini menjadi kelangsungan aktiviti-aktiviti pengimarahan serta keperluan masjid dan surau yang berterusan di UUM.

Setakat ini jumlah dana yang terkumpul sehingga 7 Ogos 2025 adalah sebanyak RM93,801.60.

Baki yang masih diperlukan pula adalah untuk keluasan sebesar 2,647 kaki persegi dengan kos sebanyak RM66,189.40.

Manakala itu, semua sumbangan boleh dibuat melalui DuitNow QR ( tanpa pengecualian cukai) atau melalui EPay UUM (dengan pengecualian cukai).

Link sumbangan E-Pay UUM ialah https://epay.uum.edu.my/go.php?billcode=MASJID - KitaReporters

15
8
0
11
0
You will be interested