Pesta konvokesyen dijangka kembali mewarnai suasana kampus seluruh negara apabila lebih 280,000 hingga 300,000 graduan akan diraikan sepanjang tahun 2025 dalam majlis penuh gilang-gemilang yang menjadi simbol kejayaan menamatkan pengajian.

Selain acara rasmi penyampaian skrol, konvokesyen kali ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pesta konvo, jualan makanan, pameran kerjaya serta persembahan seni budaya yang menarik minat pengunjung.
Kehadiran ibu bapa, keluarga dan sahabat handai yang datang dari pelbagai negeri bakal menambahkan kemeriahan majlis, dengan setiap detik dirakam sebagai memori indah.
Menurut pihak universiti, konvokesyen bukan sekadar majlis akademik semata-mata, sebaliknya berperanan sebagai pesta ilmu dan budaya yang mempertemu warga kampus dengan masyarakat.


Majlis yang lazimnya berlangsung tiga sehingga lima hari ini akan menyaksikan ribuan graduan daripada pelbagai bidang – termasuk kejuruteraan, sains komputer, perniagaan, pendidikan dan pengajian Islam – melangkah ke pentas menerima skrol masing-masing.
Graduan tersebut terdiri daripada lepasan sijil, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD) melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti.

Sementara itu, pengusaha jurugambar rasmi konvokesyen, Rich Moment Photo, ketika dihubungi berkata pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan rakaman gambar serta video dengan teknologi terkini bagi memastikan setiap detik bersejarah graduan dan keluarga dirakam dalam kualiti terbaik.
“Kami juga menyediakan booth atau kios foto khas yang bukan sahaja menjadi tarikan pengunjung, malah membuka peluang pekerjaan sambilan kepada pelajar IPT yang berminat.
"Secara tidak langsung, ia memberi pendedahan awal mengenai keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil,” katanya.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej rakaman gambar, pelanggan boleh menghubungi Rich Moment Photo melalui e-mel rasmi: [email protected].

Bagi graduan, saat menerima skrol di atas pentas merupakan detik berharga yang tidak akan dilupakan, manakala bagi ibu bapa pula, ia adalah hadiah paling indah selepas melihat pengorbanan dan usaha anak-anak mereka membuahkan hasil.
Dengan penganjuran pesta konvokesyen yang meriah ini, universiti bukan sahaja meraikan graduan tetapi juga memperkukuh hubungan dengan masyarakat, sekali gus menyerlahkan peranan institusi pengajian tinggi sebagai pusat ilmu dan komuniti. - KitaReporters
