Kampus & Pendidikan 16 Sep, 2023

Larian Hari Malaysia KUIPs meriah! 400 staf, pelajar sertai larian 2km! Termasuk pelajar antarabangsa!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this


Warga KUIPs berhimpun untuk menyertai Larian Hari Malaysia.


Lebih 400 kakitangan dan pelajar baharu Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyertai Larian Hari Malaysia sekitar kampus sejauh dua kilometer di Kuala Perlis pada 15 September 2023.

Larian yang disertai 320 pelajar baharu ambilan September 2023/2024 ini ialah sempena penutup Hari Malaysia pada 16 September 2023.


Larian Hari Malaysia bermula dari asrama KUIPs.

Bersemangat memulakan larian.

Kibaran jalur gemilang sekitar kampus itu juga menarik perhatian penduduk kampung.

Manakala dendangan lagu patriotik secara beramai-ramai yang turut disertai pelajar antarabangsa di Dataran Siswi, Kolej Kediaman KUIPs ini juga memeriahkan acara sambutannya. - KitaReporters/KUIPs


Keakraban pelajar antarabangsa dan negara ini ketika menyertai larian.
Pelajar antarabangsa juga menyertai larian itu.

Larian sekitar kampus.

Penduduk turut merasai kemeriahan sambutan Hari Malaysia.

Nyanyian Jalur Gemilang dipentas kampus itu.

11
11
0
13
0
You will be interested