Kampus & Pendidikan 26 Jun, 2023

Tahniah! Mou USIM dengan Universiti Hadhramout, Yaman! Program mobiliti pelajar dan pertukaran staf!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Hadhramout, Yaman. 

USIM diwakili Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala Universiti Hadhramout diwakili Presiden, Profesor Dr. Mohammed Saeed Khanbash. MoU ini adalah hasil daripada hasil lawatan USIM yang diketuai Naib Canselor ke Kedutaan Yaman pada 10 April 2023.

Melalui Kerjasama ini, USIM dan Universiti Hadhramout bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya penerbitan dan geran penyelidikan bersama,  program mobiliti pelajar dan pertukaran staf, pelaksanaan kursus bersama secara dalam talian, penyeliaan bersama untuk program Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), penawaran program Sarjana atau PhD luar pesisir serta penganjuran bersama persidangan, seminar dan simposium.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin dalam ucapan aluannya berkata, “Melalui MoU ini, kita dapat mempromosikan USIM dan berkongsi kepakaran untuk menarik lebih ramai pelajar dari Yaman belajar di USIM. Setakat ini, USIM mempunyai dua orang pelajar sarjana muda dari Yaman dan 24 pelajar pada peringkat pascasiswazah.”

“Kerjasama ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif dalam pembangunan sains, pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran dalam Dunia Islam,” ujar beliau lagi. - KitaReporters/USIM


13
11
0
13
0
You will be interested