Kampus & Pendidikan 16 Aug, 2023

Pelepasan konvoi motosikal dan laungan merdeka di UUM! Hayati semangat kemerdekaan, Malaysia Madani!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Prof Dr Mohd Foad Sakdan melepaskan konvoi motosikal.

Pelepasan Konvoi Motosikal dan laungan Merdeka oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan bersama Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) merupakan gimik pelancaran sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat universiti di foyer bangunan Jabatan Canselori Sultan Salehuddin pada 15 Ogos 2023. 

Beliau dalam ucapan perasmiannya mengharapkan keterlibatan staf dan pelajar bagi memeriahkan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini.

Katanya, pelbagai aktiviti yang akan dijalankan nanti sepanjang sambutan diharap memberi keseimbangan antara kerja dan progam-program riadah yang telah dirancang.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan. 

“Saya mengucapkan tahniah kepada konvoi motosikal seramai 66 orang terdiri dari staf dan pelajar yang akan mengelilingi pekan Changlun selain daripada aktiviti UUMFit Merdeka, kibaran jalur gemilang, pertandingan pidato kemerdekaan dan juga pertandingan keceriaan yang melibatkan pusat tanggungjawab dan pusat pengajian,” sambung beliau lagi dalam ucapan perasmiannya.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan warga kampus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, kekal ceria, aktif, sentiasa senyum dan merapatkan ukhuwah sambil menghayati semangat patriotisme.

Selaras dengan tema sambutan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ Naib Canselor menyeru agar semua warga kampus dapat menggunakan platform ini untuk menganjurkan aktiviti sambil mengeratkan silaturahim dan menjalinkan semangat perpaduan.


kakitangan dan pelajar yang menyertai Konvoi Merdeka sekitar Changlun.

Pada majlis ini juga Dr Mohd Foad berkongsi mengenai konsep keseronokan bekerja dalam organisasi yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas.

Katanya, keseronokan bekerja ini amat penting bagi mewujudkan perasaan kecintaan terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dan anggaplah kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, sedia memberi kerjasama, dan menghasilkan sesuatu yang berfaedah.

Manakala sambutan ulang tahun kemerdekaan dan Hari Malaysia pula besar nilai dan pengertiannya kerana membawa maksud lambang kebebasan, kedaulatan dan kejayaan.

Secara kesimpulannya beliau memohon semua warga universiti ini menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh meriah dan juga berdoa agar Malaysia kekal merdeka dari segala bentuk penjajahan sama ada luaran mahupun dari dalam diri kita sendiri.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr. Russayani Ismail, ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman. - KitaReporters



Sebahagian kakitangan dan pelajar mengibarkan Jalur Gemilang.

 

 

 

 

20
10
0
9
0
You will be interested