Kampus & Pendidikan 27 Jan, 2021

Video| Barangan keperluan dah berkurangan! Tapi UUM terus agih makanan! Alu-alukan sumbangan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Dr Hendrik Lamsali (dua dari kiri) meneliti simpanan barangan di Pusat Pengumpulan Foodbank UUM.


Universiti Utara Malaysia (UUM) meneruskan kempen pengagihan barangan keperluan harian dan makanan kepada mahasiswa di kampusnya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, sejak pandemik Penyakit Koronavirus-2019 (COVID-19) lebih 5,000 pelajar telah menerima barangan yang diagihkan melalui pusat pengumpulan dan pengedaran makanan foodbank di UUM yang dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) HEPA.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Bekalan barangan di Pusat Pengumpulan foodbank UUM makin berkurangan.



Katanya barangan agihan yang dikumpul dan dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Yayasan Food Bank Malaysia, Yayasan Alumni, Badan Bukan Kerajaan (NGO), badan berkanun, korporat, komuniti dan perseorangan di Pusat Penginapan Pelajar (SAC) ini juga makin berkurangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlarutan.

Namun pihak universiti terus berusaha untuk menjaga kebajikan pelajar yang menetap di kampus ini.


Dr Hendrik Lamsali ((dua dari kiri) meninjau Pusat Pengumpulan barangan  di SAC UUM.


"Saya yakin semua pihak ingin melihat mahasiswa di kampus ini dapat meneruskan pengajian mereka begitu juga dengan semua penyumbang sebelum ini pastinya akan meneruskan sumbangan kepada UUM, sekaligus dapat menjaga kebajikan pelajar di sini (UUM)," katanya ketika ditemui semasa meninjau barangan di Pusat Foodbank UUM.


Antara barangan makanan yang diedarkan kepada pelajar.


Dalam pada itu Pengarah SSSD Prof Madya Dr Rajwani Md Zain yang ditemui mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk kewangan atau barangan.

"Pihak UUM juga bersedia untuk mengeluarkan surat pengecualian cukai kepada mereka yang menyumbang ke pusat kita ini," ujarnya ketika mengiringi Dr Hendrik dan Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin ke pusat penyimpanan barangan food bank UUM.


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM turut membantu mengagihkan barangan kepada pelajar yang tinggal di kampus.


Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM juga turut membantu mengagihkan barangan dari food bank kepada Inapan Siswa di kampus ini.

Universiti ini sentiasa menjaga kebajikan pelajarnya bukan sahaja dalam kampus, malah mereka yang berada di luar kampus juga boleh menghubungi pihak SSSD sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Sebelum ini pihak HEPA juga berusaha membantu pelajarnya mendapatkan bantuan plan data, komputer riba dan mengagihkan barangan untuk pelajar yang terlibat banjir di Pahang, Kelantan dan Terengganu. - KitaReporters


Pelajar di Inapan Siswa menerima barangan makanan di kafeteria.

1
0
0
0
0
You will be interested