Kampus & Pendidikan 18 May, 2021

Berita Terkini| Mahasiswa UniSZA diarah jalani ujian saringan! Di kampus dan di kampung halaman!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

ARAHAN itu telah dikeluarkan kepada semua mahasiswa yang ada di kampus dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.


SEMUA mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan wujudnya jangkitan wabak tersebut dalam kalangan mahasiswa di universiti berkenaan.

Arahan itu telah dikeluarkan kepada semua mahasiswa yang berada di kampus dan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Mahasiswa UniSZA yang berada di kampus dan dikenal pasti sebagai kontak rapat telah pun menjalani ujian calitan. Semua pelajar juga telah kuarantin di kolej kediaman masing-masing.

“Bagi pelajar yang berada di kampung halaman pula, mereka juga telah diminta untuk membuat ujian calitan (kontak rapat) dan kuarantin di rumah masing-masing,” kata kenyataan yang dikeluarkan UniSZA pada Selasa, 18 Mei 2021.

Bagaimanapun pihak university berkenaan tidak menyebut berapa ramai pelajar yang disahkan positif Covid-19 dan punca jangkitan.

Selain mahasiswa, kakitangan universiti itu juga diminta menjalani ujian calitan.

Terdahulu, tular dalam media sosial satu surat makluman dikeluarkan oleh UniSZA yang mengatakan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus telah mengesan kewujudan kluster melibatkan pelajar UniSZA yang berada dalam kampus.

Susulan pengesanan itu, UniSZA diarahkan supaya memaklumkan kepada semua pelajar yang tinggal di kampus dan pulang ke kampung agar menjalani ujian saringan di klinik kesihatan berhampiran. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested