Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mengaktifkan talian kecemasan bencana bagi mendapatkan maklumat terkini dan bantuan kepada pelajar dan kakitangan yang terlibat dengan banjir.
Rektor UniSIRAJ Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, Bilik Gerakan Bencana dan talian hotline 24 jam bagi pelajar dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Manakala bagi kakitangan Emergency Rescue Team (ERT) ini pula melibatkan Jabatan Pendaftar, Pusat Islam, Unit Keselamatan dan Kelab Kebajikan dan Rekreasi Staf KUIPs (KKRS).
Dikemaskinikan pada 29 November 2024 / 12:15 tgh - Kredit foto: FB Bomba Perlis
‘Saya berharap mereka yang terlibat dapat memaklum segera sekiranya terlibat dengan banjir memandangkan beberapa kawasan telah mula dinaiki air sejak 27 November 2024 akibat hujan yang berterusan,’ ujarnya.
Beliau juga berharap ibu bapa dan ahli keluarga pelajar universiti ini supaya tidak bimbang dengan situasi banjir di negeri ini kerana pihak pengurusan sentiasa memantau dan akan bertindak segera bagi membantu mereka.
Dalam pada itu pelajar yang terlibat dengan banjir ni boleh menghubungi talian 012 7288774 (Muhd Iqmal), 011 10702607 (Ali Zikri), 017 4286505 Muhd Hazwan) dan 013 5524399 (Nik Nurul).
Manakala bagi kakitangan pula talian yang boleh dihubungi ialah 012 5366980 (Ayu), 012 5560053 (Rahman), 012 2999349 (Fuad) dan 018 2064590 (Luqman). - KitaReporters/Kenyataan Media
Tags: