Kampus & Pendidikan 21 Dec, 2023

Syabas Pasukan Debat Bahasa Arab USIM! Naib Johan Pertandingan Akhir Debat Diraja Antara IPT 2023!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Pasukan Debat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mencipta kejayaan di pentas debat universiti apabila muncul Naib Johan dalam Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi PengajianTinggi (IPT) 2023 yang berlangsung pada 18 Disember 2023 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Perasmian Penutupan Debat Diraja telah disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Barisan pendebat USIM dibarisi Muhamad Afiq Arsyad Awang@Tarmizi, mahasiswa Tahun 4 Fakulti Ekonomi Dan Muamalat sebagai Ketua Kumpulan; Haafizah Mohd Rosli, Tahun 4 Dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang; Maisarah Ahmad Azmi, Tahun 3 dari Fakulti Syariah Dan Undang-Undang; dan Muhammad Shabil Irfan Bin Mohamad Sabri, Tahun 3 dari Fakulti Ekonomi Dan Muamalat.

Bertindak sebagai Kerajaan bertemu pasukan Universiti Malaya (UM) sebagai Pembangkang membahaskan usul bertajuk sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, dewan ini akan membina naratif sejarah palsu demi keharmonian sosial.



Muhamad Afiq Arsyad Awang@Tarmizi dalam ucapannya berkata persiapan pasukan sebelum pertandingan agak mencabar kerana latihan yang dijalankan kebanyakannya adalah pada  waktu malam.

“Masanya agak singkat untuk kami membuat latihan seperti mencari dan memahami fakta, memperbaiki Bahasa Arab dan sparring debat, namun komitmen dari seluruh keluarga debat tidak pernah menjadikan latihan itu memenatkan tetapi penuh dengan manfaat dan ilmu”, ujarnya.

Beliau menambah lagi, ini merupakan hadiah terbaik buat dirinya dan juga Kelab Debat Arab Al Muthla USIM. 

"Hasil bantuan dan nasihat serta didikan oleh jurulatih Ustaz Syafwan dan senior yang tak jemu menurunkan ilmu kepada saya dan ahli-ahli lain. 

"Kejayaan ini bukanlah dari usaha saya sahaja, tapi dari seluruh keluarga Debat Bahasa Arab USIM," ujarnya yang merangkul Pendebat Terbaik Keseluruhan kategori Bahasa Arab.

Turut hadir ke program ini adalah Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi; Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT; Profesor. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah KPT; dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM.



Pertandingan Debat Diraja Edisi Ke-24 ini disertai 85 buah IPT yang merangkumi 28 universiti awam dan swasta di Malaysia telah bermula pada 17 November 2023 bagi tiga kategori iaitu Kategori Bahasa Melayu, Bahasa Inngeris dan Bahara Arab.

Antara universiti yang turut bertanding adalah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). - KItaReporters/USIM

12
9
0
13
0
You will be interested