Kampus & Pendidikan 27 Mar, 2023

Terbaik! Program STEM Scouts@Kedah! Usaha sama UUM, JPN, PPD jadikan pendidikan STEM lebih menarik!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

Antara guru dan pelajar yang memenuhi dewan SMK Hosba.

Lima buah Sekolah Menengah di daerah Kubang Pasu menyertai STEM Scouts@Kedah, satu program pendekatan lestari yang menjadikan sistem pembelajaran di dalam dan luar kelas lebih menarik, interaktif dan berkesan dalam kehidupan sebagai pelajar.

Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah Sabri Osman yang merasmikan majlis penutup program ini berkata, pendidikan STEM yang berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi dan kemudiannya National Science Foundation (NSF) yang diringkaskan pula kepada STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) ini ialah bagi memudahkan penyebutan dan memantapkan maknanya bagi setiap elemen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pendidikan STEM

Sabri Osman (tengah) bergambar dengan pemenang pertandingan yang dianjurkan pada program STEM Scouts@Kedah ini.


Katanya di  Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan pendidikan STEM pada peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

”Saya yakin program yang berimpak tinggi ini pastinya selari dengan matlamat pendidikan negara, iaitu memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia, seterusnya menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara,” ujarnya di Dewan SMK Hosba pada 26 Mac 2023.


Tetamu yang menghadiri program ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM, Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat dalam ucapan aluannya berharap kerjasama erat antara Universiti dengan pihak luar terutama pihak sekolah yang diterajui JPN dan Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) ini mampu memberi impak kepada pembangunan pendidikan STEM dalam kalangan guru dan pelajar sekolah.

Pada era teknologi dan ICT yang telah menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat ini, mereka bukan sahaja perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi secara optimum malah mereka perlu juga diberi pengetahuan tentang tatacara yang betul dalam memilih teknologi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi untuk mengurus teknologi dengan cekap, dan mereka cipta teknologi baharu yang sesuai dengan persekitaran mereka.



”Justeru, penyelidik-penyelidik di UUM telah digalakkan untuk turun padang berkongsi pengetahuan mereka berkaitan STEM kepada pelajar, usahawan, petani, perternak dan lain-lain pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi agar limpahan kemajuan dalam komuniti berhasil membawa Negeri Kedah ke tahap yang lebih baik,” ujarnya.

Menyentuh mengenai program STEM Scouts@Kedah yang dianjurkan di SMK Hosba ini katanya penglibatan dan kerjasama erat antara JPN dan PPD ini memberi impak kepada pembangunan pendidikan STEM dalam kalangan guru dan pelajar sekolah di daerah ini.

Manakala penglibatan guru dan pelajar yang menyertainya pula menunjukkan matlamat program ini tercapai dengan hasil yang ditunjukkan melalui persembahan dan kreativiti yang dipamerkan kepada penonton.


Pelajar SMK Pulau Nyior menerima hadiah daripada Sabri Osman.

Pada majlis penutupan itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior yang disertai Munirah Zakaria, Maya Darwina Mohd Firdaus, Nuralyana Mohamad Aseri, Nur Nabila Maisara Mohd Naim, Nur Syazanisa Mohd Yusof, Saebatul Ambiyya Abd Aziz bersama guru mereka Haliza Khalid menerima hadiah kerana menjadi Johan dalam cabaran menghasilkan storytelling STEM. Kumpulan ini berjaya memperinci proses kitar semula bahan terpakai serta menghasilkan reka bentuk produk paling menarik berbentuk hati dalam cabaran tersebut.

Sekolah yang menyertai program ini ialah SMK Hosba (penganjur), SMK Pulau Nyior, SMK Paya Kemunting, SMK Seri Mahawangsa dan SMK Changlun. - KitaReporters/USIM


Pelajar, guru dan Staf RIMC UUM bergambar kenangan di Dewan Hosba SMK Hosba.

16
10
0
9
0
You will be interested