Kampus & Pendidikan 24 Mar, 2023

Tak kenal maka tak cinta! Persatuan Sejarah Universiti Malaya anjur Hari Interaksi! Pupuk keakraban!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Tasik Varsiti UM dijadikan tapak pertemuan ahli persatuan ini.

Oleh NUR SAKINAH SAMSUDIN 


Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) menganjurkan Hari Interaksi bagi memperkenal dan menjalinkan hubungan yang harmoni antara ahlinya pada 18 Mac 2023 lalu.

Pengarah projeknya Muhamad Zulhilmi Abu Zarin berkata, program yang dijalankan ini bukan sahaja sebagai aktiviti persatuan malah dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus Universiti Malaya

Ahli Persatuan Sejarah Universiti Malaya (PSUM) yang menyertai Hari Interaksi di Tasik Varsiti UM bergambar beramai-ramai.


Muhamad Zulhilmi Abu Zarin.

“Kita perlu mengenali antara satu sama lain dan mendapatkan pandangan serta berbincang untuk bersama-sama memajukan PSUM,” ujar lagi.

Katanya lagi melalui program ini pastinya masing-masing selesa serta bebas untuk melontarkan idea-idea secara bersama bila berkumpul begini.

Muhammad Zulhilmi menambah program anjuran Exco Sukan dan Rekreasi ini diharap dapat menjalinkan hubungan yang baik antara ahli-ahli dari semua unit persatuan ini dengan lebih akrab dengan bekerjasama nanti untuk menjayakan aktiviti dengan seronok dan tidak hanya tertekan dengan kerja-kerja yang diberikan.


Program yang dijalankan memberi keselesaan kepada peserta yang menyertainya.

Peserta yang menyertai menengahkan idea untuk memajukan PSUM.
Jalinan ukhuwah ini pastinya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, mematuhi masa dalam pertandingan dan permainan yang dijalankan nanti sambil bergerak cergas dalam kegiatan sukan dan permainan di samping mencegah budaya negatif.

Oleh itu program yang dijalankan pada 18 Mac 2023 lalu di Tasik Varsiti UM ini diharap mencapai objektif penganjurannya. - KitaReporters


11
14
0
18
0
You will be interested