Kampus & Pendidikan 19 Dec, 2023

Kerjasama terbaik! Kandungan Maxis eKelas kini tersedia di seluruh negara lalu platform DELIMa KPM!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Dalam usaha kolaboratif untuk membolehkan lebih ramai pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada pembelajaran digital, program komuniti utama Maxis, eKelas, kini boleh diakses melalui portal DELIMa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

DELIMa, atau Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia, ialah platform pembelajaran dalam talian KPM yang menumpukan pengajaran dan pembelajaran digital yang melibatkan para guru, pelajar, dan penjaga dalam sistem persekolahan awam Malaysia.

“Kami mengalu-alukan Maxis eKelas sebagai Rakan DELIMa baharu kami dan berharap dapat meneroka kerjasama yang lebih meluas bersama Maxis. 

"Kerjasama ini adalah selaras dengan Dasar Pendidikan Digital (DPD) kebangsaan baharu, di mana kami melibatkan rakan strategik sebagai pemangkin pendidikan digital, serta berkongsi visi yang sama – iaitu untuk memupuk pelajar yang fasih digital,” kata Zainal Abas, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM.



“Kemudahan log masuk tunggal melalui DELIMa membolehkan kami untuk merapatkan eKelas dengan komuniti dan mencapai lebih ramai pelajar di seluruh negara. 

"Komitmen berterusan kami adalah untuk memperkasakan lebih ramai pelajar untuk memanfaatkan kelebihan pembelajaran digital, dan kami teruja kerana dapat menjadikan eKelas sebahagian daripada perjalanan pendidikan mereka,” kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Dengan integrasi baharu ini, para pelajar Malaysia dari sekolah rendah hingga menengah, guru dan pemimpin pendidikan kini boleh log masuk ke eKelas dengan menggunakan ID DELIMa mereka, dan secara mudah mengakses kandungan pembelajaran percuma eKelas, termasuk bengkel dalam talian, klinik peperiksaan dan webinar.

Pelajar-pelajar juga berpeluang menyertai pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris dan STEM eKelas peringkat kebangsaan untuk mendapatkan mata Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK), serta peluang untuk memohon geran pelajar Anugerah Gemilang eKelas.



Dengan lebih daripada 95,000 pengguna berdaftar di portalnya dan semakin bertambah, eKelas ialah satu inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah untuk pelajar dari Darjah 4 hingga Tingkatan 5. 

eKelas memperkaya pembelajaran dengan kaedah yang meriah dan menyeronokkan, dan menyediakan akses kepada kandungan pendidikan yang berkualiti selaras dengan Sukatan Pelajaran Sekolah Malaysia. 

eKelas turut menumpukan kepada mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Sejarah, serta topik digital dan kemahiran insaniah. 

Pelajar eKelas didedahkan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman melalui kombinasi tutorial langsung, pembelajaran berkumpulan, pertandingan dan kandungan digital melalui portal dan aplikasi eKelas. - KitaReporters/Kenyataan Media

17
14
0
9
0
You will be interested