Kampus & Pendidikan 15 Aug, 2024

Wanita Bahagia Emosi Stabil! Enam pelajar PPA KUIPs sertai program Kesejahteraan Wanita Madani

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Antara penceramah dan panel yang menghadiri sesi forum Kesejahteraan Wanita Madani.


Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) telah menghantar enam pelajar dari Pusat Pengajian Asasi (PPA) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi menyertai Program Kesejahteraan Wanita Madani bertemakan "Wanita Bahagia Emosi Stabil" di Kompleks Star UiTM cawangan Perlis pada 10 Ogos 2024 lalu.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini.


Enam pelajar KUIPs yang menyertai program ini.

Bengkel sehari anjuran Pertubuhan Khidmat Wanita Perlis (Perwanis) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perlis yang disertai seramai 200 pelajar dari KUIPs, UiTM dan politeknik ini menampilkan penceramah dan panel daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Perwanis, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Senator Dewan Negara, pegawai penyiasat jenayah Komersial daripada IPD Arau, dan pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis. 


Sebahagian peserta yang menghadiri forum sehari di UiTM Arau, Perlis.

Poster hentikan keganasan terhadap wanita juga turut bawa oleh peserta.

Antara sesi ceramah yang diketengahkan pula ialah mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber.

Semoga penyertaan para pelajar ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti dan masyarakat setempat. - KitaReporters


Sebahagian daripada pelajar KUIPs, UiTM dan Politeknik bergambar selepas majlis berakhir.

Forum Kesejahteraan Wanita Madani yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan wanita di Perlis.
12
13
0
11
0
You will be interested