Kampus & Pendidikan 23 Jun, 2025

Tahniah 829 graduan Universiti AIMST! Terima ijazah! Ada yang dari India, Pakistan, Sudan, Nigeria!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this

Antara graduan yang hadir pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti AIMST pada 21 Jun 2025.


Seramai 829 graduan dari pelbagai bidang pengajian bagi kelas 2024 dan 2025 hadir bagi menerima anugerah serta sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti AIMST di Semeling, Bedong, Kedah. Ramai ibu bapa graduan hadir bagi melihat kejayaan anak sendiri.

Canselor universiti itu, Tan Sri S A Vigneswaran yang juga Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) menyampaikan anugerah dan sijil yang berlangsung di Dewan Besar Universiti AIMST pada 21 Jun 2025.

Dari jumlah itu, 167 menerima ijazah daripada Fakulti Perubatan, 76 dari Fakulti Pergigian, 76 dari Fakulti Farmasi, 50 daripada Fakulti Sains Gunaan dan 247 daripada Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, termasuk sijil Kejururawatan Penjagaan Kritikal dan Kejururawatan Buah Pinggang Pascasasaran.

Selain itu, 20 ijazah turut dianugerahkan daripada Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Komputer dan 161 orang lagi daripada Fakulti Perniagaan dan Pengurusan. 

Universiti juga turut menganugerahkan 10 ijazah kedoktoran (PhD) serta 22 ijazah sarjana.


Seorang graduan, Hani Maisarah Hasnan turut menerima diploma dalam bidang bioteknologi di Universiti AIMST.


Konvensyen kali in turut mengiktiraf percapaian graduan antarabangsa dari India, Pakistan, Sudan dan Nigeria, sekali gus menyerlah impak global AIMST dengan komitmennya terhadap kecermerlangan dalam pelbagai bidang pengajian.

Usaha dilakukan ini dalam mencapai sasaran untuk menjadi di antara 500 universiti terbaik dunia dan 200 terbaik di Asia.

Naib Canselor universiti itu, Dr. Kathiresan V. Sathasivam berkata, konvokesyen berkenaan turut meraikan percapaian luar biasa alumni Anugerah Alumni Cermerlang, termasuk pemberian Anugerah Canselor, Anugerah Percapaian Professional, Anugerah Komuniti dan Anugerah Pemimpin Masa Depan.

"Sejak penubuhan Universiti AIMST pada Tahun 2001, institusi ini menawarkan lebih 43 program prasiswazah dan pascasiswazah menentasi pelbagai bidang, termasuk perubatan, farmasi, pergigian, bioteknologi, perakaunan, kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan analitik data," katanya.

Menurut beliau, melalui kepandaian yang dimiliki graduan ini, mereka tidak akan merasa kekoh lagi untuk bertugas di mana sahaja.


Tan You Pheng


Sempena majlis itu, seorang pelajar cemerlang, Tan You Pheng, 24, daripada Program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi telah dianugerahkan Pingat Emas Universiti sebagai penghargaan atas kecermerlangan akademik dan sumbangan menyeluruh.

Dia yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang merupakan pelajar terbaik dalam program Bioteknologi di Fakulti Sains Gunaan AIMST. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian PhD dengan menjalankan penyelidikan mengenai rintangan antimikrob dalam kerangka OneHealth bersama pakar penyakit berjangkit. - KitaReporters


S A Vigneswaran (duduk, tengah) bergambar dengan pelajar-pelajar terbaik beberapa fakulti sempena Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti AIMST di Sungai Petani, pada 21 Jun 2025.

15
12
0
15
0
You will be interested