Berpegang teguh dengan prinsip tidak mudah mengalah, jati diri dan disiplin yang tinggi, membolehkan dua perajurit muda udara (PjM U) dinobatkan sebagai Perajurit Muda Udara Terbaik Siri 69/2025 di Akademi Tentera Udara (ATU), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Ipoh, Perak pada 11 Oktober 2025.

Muhamad Nurazlan Aris melambai tangan kepada anggota TUDM ketika hadir di Akademi Tentera Udara (ATU) TUDM di Ipoh, Perak pada 11 Oktober 2025.
Mereka ialah PjM U Muhammad Amzar Amsyar Aznan, 22 dan PjM U (W) Norshafina Mohd Nooh, 26.
Kedua-dua mereka menerima piala pusingan daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.
Seramai 486 orang menyertai latihan yang bermula pada 21 April 2025 lalu dan daripada jumlah itu 464 berjaya menamatkan latihan selama 24 minggu.
Muhammad
Amzar Amsyar berkata, berpegang teguh dengan prinsip tidak mudah mengalah
telah mendorong beliau untuk terus tabah
menggapai cita-cita untuk menjadi seorang anggota TUDM.
Anak ketiga
daripada empat adik beradik kepada pasangan Aznan Junus dan Rosmalinashahida Abdullah ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Palma, Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Panglima, dan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII
Taiping, Perak.
Anak jati
Taiping ini mula meminati bidang ketenteraan khususnya TUDM semenjak di bangku
sekolah lagi.
Beliau amat
meminati aktiviti dan sukan lasak selain bergiat aktif dalam sukan Muay Thai.
Antara pencapaian tertinggi dalam sukan tersebut adalah mewakili Malaysia dan menduduki tempat ke-2 dalam pertandingan Muay Thai pada peringkat antarabangsa “Youth International Fight Night Kuala Lumpur” 2019 dan mewakili negeri Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022.
Selain itu beliau juga aktif dalam sukan wusyu sanda dan pernah mewakili negeri Kedah bagi SUKMA Sarawak 2024 serta meraih pingat gangsa.
Beliau juga pernah menyertai pertandingan Tinju Piala Malaysia di Lawin Grik, Perak pada tahun 2024.
Muhammad Amzar Amsyar Aznan (kiri) menerima piala pusingan Perajurit Muda Udara (PjM U) Terbaik daripada Muhamad Norazlan Aris.
Bagi PjM U (W) Norshafina pula, beliau berkata, minat untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya TUDM kerana ia merupakan impian dan dorongan daripada ayahnya Mohd Nooh Serwin dan ibunya Jujainah Leman yang mahukan beliau menjadi seorang anggota tentera selain galakan oleh rakan-rakan sepasukan sukan kriketnya.
“Berpegang teguh kepada prinsip “dilarang menyerah” telah menjadi pemangkin kepada beliau untuk terus berusaha demi meraih cita-cita yang sekian lama diimpikan untuk menjadi seorang anggota TUDM,” kata anak ketujuh daripada lapan adik beradik berasal dari Johor.
Justeru itu, berbekalkan semangat tidak mudah luntur, sentiasa berketerampilan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, beliau telah dinobatkan sebagai Perajurit Muda Udara Terbaik Keseluruhan Siri 69/2025 dengan menerima Piala Pusingan Panglima Tentera Udara.
Norshafina Mohd Nooh (kiri) menerima piala pusingan Perajurit Muda Udara (PjM U)Terbaik daripada Muhamad Norazlan Aris.
Sementara
itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Muhamad Norazlan berkata,
beliau teruja dengan peningkatan penyertaan PjM U daripada kalangan bukan
bumiputera pada siri ini iaitu seramai 11 orang.
Katanya, ini
merupakan satu petanda yang baik kerana TUDM sememangnya amat mengalu-alukan
penyertaan warganegara bukan bumiputera untuk bersama-sama mencurah bakti
kepada negara tercinta ini.
Beliau juga menegaskan
bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM sentiasa menilai warganya berdasarkan merit, keupayaan dan komitmen
bukannya kepada bangsa dan warna kulit. Justeru itu, tiada istilah perkauman
dalam organisasi ini.
Selain itu, Muhamad
Norazlan turut menekankan agar setiap warga TUDM sentiasa peka terhadap evolusi
teknologi terkini bagi menyokong keupayaan operasi TUDM pada masa hadapan.
“TUDM kini sentiasa menumpukan latihan dan pendidikan kepada pembangunan kompetensi berasaskan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan sistem automasi,” katanya. - KitaReporters