Kampus & Pendidikan 28 Aug, 2023

Kursi Dato' Seri Ismail Sabri di TGBC Thailand! Promosi pengajian Bahasa Melayu, ketamadunan Melayu!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Thai Global Business Administration Technological College (TGBC) di Thailand secara rasmi menubuhkan Kursi Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penubuhan kursi tersebut diumumkan oleh Pengarah TGBC, Dr. Prattana Srisuk dalam satu majlis di Bangkok pada hari ini (28 Ogos 2023). 
Kursi itu secara khusus untuk memperkenal dan mempromosikan pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej tersebut dan di Thailand.
Difahamkan ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di negara ini (Thailand) yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan bahasa Melayu.


Sementara itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada TGBC kerana mengiktiraf usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu di rantau ini. 
Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berharap penubuhan kursi tersebut akan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di negara tersebut.
"Bahasa Melayu mempunyai kira-kira 300 juta penutur di rantau Asia Tenggara. Di Thailand juga tidak asing, majoriti penduduk di selatan Thailand boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
"Saya berharap usaha ini akan merealisasikan hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN," katanya.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan ucaptama yang bertajuk bertajuk Pendigitalan Keluarga Dunia untuk Keamanan Sejagat, di kolej tersebut. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
14
0
11
0
You will be interested