Kampus & Pendidikan 01 Apr, 2021

Pemimpin pelajar UUM akur titah Agong bendung COVID-19! Ikrar bantu program imunisasi negara!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan rakyat bersatu dalam menghentikan penularan wabak COVID-19 dalam negara.


PIMPINAN pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) akur dan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahukan rakyat bersatu dalam menghentikan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Majlis Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (MPJ) UUM menjunjung kasih atas keputusan Tuanku yang melahirkan rasa terharu dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bekalan vaksin COVID-19 untuk rakyatnya.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM


Muhammad Saniy Samsudin.


Presidennya Muhammad Saniy Samsudin, 23, berkata, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara itu turut menzahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas usaha gigih kerajaan membawa vaksin yang bakal berupaya melindungi rakyat Malaysia daripada COVID-19.

Katanya, sebagai mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mereka mengharapkan semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan dan masyarakat untuk menyedarkan rakyat mengenai pentingnya program vaksinasi secara sukarela ini.

"Kami sebagai mahasiswa akur dan akan terus bersama masyarakat dan komuniti untuk melibatkan diri bagi membantu mengurangkan kes jangkitan COVID-19 ini," katanya lagi.


 

Ikhwan Zulkefli.


Dalam pada itu Presiden Inapan Siswa Grantt dan TM, Ikhwan Zulkefli yang ditemui yakin dengan saranan Seri Paduka itu rakyat akan mendaftar untuk mendapatkan vaksin, sekali gus melakukan yang terbaik bagi menangani wabak COVID-19.

"Di kampus pihak pengurusan universiti sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan warga kampus termasuk memberi maklumat terkini perkembangan COVID-19 dan juga membuat hebahan melalui email kepada staf dan pelajar," katanya.


 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.


Namun dalam masa yang sama, pelajar-pelajar UUM akan berusaha menyampaikan maklumat mengenai program vaksinasi secara sukarela yang diberikan secara percuma kepada semua warga tempatan serta bukan warganegara.

Maklumat mengenai COVID-19 ini diharap dapat membantu pendaftaran program imunisasi kebangsaan dilaksanakan disemua peringkat melalui nasihat, teguran dan panduan kepada komuniti nanti. - KitaReporters

9
1
0
0
0
You will be interested