Kampus & Pendidikan 10 Feb, 2022

Transformasi pendidikan! UMT lancar Pusat Ekosistem Digital! Ke arah kampus pintar sepenuhnya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Dr Mazlan melancarkan Ekosistem Digital


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) mengorak langkah bakal beralih kepada kampus pintar (smart campus) sepenuhnya dalam tempoh terdekat berikutan desakan penyebaran semasa pandemik COVID-19 yang membataskan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta urusan transaksi

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, kecekapan penggunaan ICT secara optimum berupaya melancarkan proses pengoperasian kampus dan memacu ke arah kampus pintar.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Katanya, empat inisiatif terbaharu yang dilancarkan oleh UMT melalui Pusat Ekosistem Digital (PED) telah dilaksanakan bagi menambah lagi inisiatif sedia ada dalam merangka pembangunan kampus digital termasuk dengan penghasilan Pelan Strategik Ekosistem Digital UMT dan penerbitan buku Polisi Keselamatan Siber.

Selain itu katanya, kecekapan dan pembangunan modal insan perlu dipertingkatkan.

“Pembangunan modal insan ICT juga perlu diberi perhatian dalam meningkatkan kompetensi dan kepakaran personel ICT selaras dengan kemajuan teknologi dan bidang baharu digital.” katanya kepada Program Ekosistem Digital UMT pada 21 Disember 2021 lalu.

Menurutnya, secara tidak langsung ia mampu menggalakkan perkongsian sumber, penjimatan kos dan mampu meningkatkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam menambah baik perkhidmatan ICT di UMT. 

Tambah beliau, beberapa inisiatif telah dilaksanakan oleh UMT bagi membolehkan pelajar menghadiri kelas serta bahan pengajaran dan pembelajaran secara maya

“Antara inisiatif yang telah dilaksanakan seperti penghasilan Pelan Strategik Ekosistem Digital UMT, penerbitan buku Polisi Keselamatan Siber, pembangunan pelantar e-Pembelajaran ‘Bayou’ bagi kursus UMTMOOC dan Micro-Credential serta pembangunan aplikasi mudah alih.” katanya.



Sementara itu, Ketua Pegawai Maklumat UMT, Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri Hitam berkata penganjuran program itu merupakan usaha untuk memperkasa warga UMT dan masyarakat berkaitan keselamatan siber dan ICT. 

Katanya, Program Ekosistem Digital merupakan satu usaha untuk memperkasa warga UMT dan masyarakat dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan berkaitan polisi keselamatan siber, kecurian data dan lain-lain.

Penganjuran Program Ekosistem Digital turut mendapat kerjasama Lenovo Technology (M) Sdn Bhd., Syarikat Telekom Malaysia, Google Malaysia, Cybersecurity Malaysia, Yayasan Digital Malaysia. - KitaReporters


 

10
12
1
13
0
You will be interested