Kampus & Pendidikan 15 Jun, 2022

Video| Terre kau dik! Bersilat masa nak ambil skrol ijazah! Nasib baik Naib Canselor tu sporting!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEJAK 2 tahun majlis konvokesyen tidak dapat diadakan, kebanyakan universiti kini kembali menganjurkannya untuk meraikan para pelajar yang telah menamatkan pelajaran mereka.

Namun begitu, banyak pula telatah pelajar yang sedang mengambil sijil dengan telatah yang sangat mencuit hati semua yang menjadi tumpuan ramai.

Tular video dalam TikTok, seorang graduan yang bersilat ketika mahu mengambil skrol ijazahnya pada majlis konvokesyen Universiti Selangor (Unisel).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis konvokesyen


Kelihatan ketika pelajar ini mengambil skroll dengan melakukan pertunjukan silat di hadapan naib canselor. Namun yang kelakarnya, naib canselor universiti tersebut melayan telatahnya dengan sporting.

Rata-rata warga maya yang melihat video ini berasa sangat teruja dengan pergerakan silat yang dibuat oleh pelajar ini yang sangat hebat semasa beliau membuka silat.

Bukan itu sahaja, ada juga yang beranggapan bahawa konvokesyen ini adalah adalah dari universiti swasta dan peraturannya tidak ketat. - KitaReporters


 


13
11
0
11
0
You will be interested