Kampus & Pendidikan 11 Aug, 2021

100 peserta Penjana UA termasuk UUM diterima bekerja! Bukti sinergi universiti, rakan industri!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

PARA peserta yang menjalani latihan sedang diberikan penerangan.


DUA peserta yang terpilih menjalani latihan intensif di bawah Program Dana STML-UUM - PKT Logistic (M) Sdn Bhd.


Seramai 100 peserta dari Universiti Awam (UA) termasuk 50 pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) Universiti Utara Malaysia (UUM)  yang menamatkan latihan intensif di bawah Program Dana STLM UUM - PKT Logistics (M) Sdn Bhd berjaya ditawarkan pekerjaan dengan syarikat itu.

Naib Canselor UUM, Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, daripada 700 penyertaan yang diterima hanya 100 yang terpilih bagi mengikuti program yang dianjurkan ketika pandemik COVID-19.

“Daripada 100 peserta yang menjalani  latihan itu 90 peserta telah ditawarkan bekerja di PKT Logistics Batu Kawan, Pulau Pinang manakala 10 orang lagi ditawarkan bekerja di Shah Alam,” ujar beliau lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM


Antara peserta yang menyertai latihan dan kursus di syarikat itu.


Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani.


Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir berharap kolaborasi strategik ini membuktikan bahawa sinergi antara pihak universiti dan rakan industri mampu dalam membekalkan guna tenaga yang menepati kehendak pasaran semasa seperti yang diaspirasikan oleh  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)  iaitu “U4S” (University for Society) atau “Universiti untuk Masyarakat” selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.


PARA peserta dari Universiti Awam (UA) termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) mendengar taklimat sebelum menjalani latihan.


Dr Herman Shah Anuar.


Sementara itu Pengurus Projek Dana UUM – PKT Logistics (M) Sdn Bhd Dr Herman Shah Anuar ketika dihubungi berkata, kesemua 100 yang terpilih dari UA itu telah menjalani latihan dan ujian sebelum ditawarkan pekerjaan dengan gaji antara RM2,500 hingga RM4,000 oleh syarikat itu.

Katanya, Dana PENJANA berjumlah RM510,000.00 yang diperuntukkan untuk melaksanakan program ‘Young Professional Trucker UUM 2020’ ini adalah inisiatif kerajaan untuk merancakkan sektor ekonomi pasca-COVID-19 dalam kalangan mahasiswa dari pelbagai program, sekali gus  melahirkan pemandu trak professional di negara ini,” katanya.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif  PKT Logistics (M) Sdn Bhd Dato' Seri Michael Tio  (dua dari kiri) bersama staf UUM yang membuat lawatan ke syarikat itu.


“PKT Logistics ini bertindak sebagai rakan industri dan penyedia latihan kepada program ini sebelum melantik mereka yang lulus ditawarkan bekerja dengan syarikat tersebut menggunakan dana dari program Penjana KPT-Career Advancement Program (KPT-CAP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” ujarnya lagi.

Dr Herman menambah program latihan selama 30 hari dengan 12 modul latihan di The Ship, Batu Kawan, Pulau Pinang  itu telah melatih 100 siswazah di seluruh Malaysia yang berminat untuk menjadi pemandu trak profesional.

Walaupun berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun daripada 100 peserta yang menyertainya 50 peserta adalah lulusan UUM.

Semoga peserta dari UA termasuk UUM ini dapat menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik terutama ketika pandemik COVID-19 ini. - KitaReporters


 

Dato' Seri Michael Tio.


Peserta kursus didedahkan dengan kerja-kerja di PKT Logistics (M) Sdn Bhd.

1
0
0
0
0
You will be interested