Kampus & Pendidikan 04 May, 2023

Jom masuk KUIPs! 25 program untuk lepasan SPM! Asasi Pengajian Islam dan Asasi Muamalah kini dibuka!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this



Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, permohonan dalam talian untuk kemasukan pelajar baharu bagi sesi Julai dan September 2023 telah dibuka untuk Asasi Pengajian Islam dan Asasi Muamalah.

Bagi Asasi Muamalah syarat kemasukannya ialah lima kredit/kepujian termasuk lulus Matematik manakala bagi Asasi Pengajian Islam pula ialah lima kredit/kepujian termasuk Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan, Syariah Islam, Tasawwur Islam dan Pendidikan Islam.

“Empat fakulti yang terdapat di sini ialah Pengajian Islam, Fakulti Quran dan Sunnah, Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan serta Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam,” ujar beliau lagi. 


Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Oleh itu bagi pencinta Sunah jangan lepaskan peluang untuk melanjutkan pengajian di kampus KUIPs ini.

Bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa proses permohonan, pemohon adalah terlebih dahulu disaran untuk berhubung dengan mana-mana pegawai dari Jabatan Pemasaran untuk maklumat lanjut serta khidmat nasihat dengan menghubungi 

talian 014-6210842, 013-4020760, 019-5088617, 017-5125513, 019-6276983 atau 011-56825075 untuk keterangan lanjut.


Rektor bersama pelajar-pelajarnya.

Pemakluman berkaitan kelulusan dan tawaran juga akan dibuat melalui emel dan SMS kepada semua pemohon. Manakala surat tawaran kepada pelajar yang berjaya boleh dimuat turun terus dari sistem setelah diluluskan nanti. 

Sementara itu, bagi permohonan biasiswa pula, pemohon yang telah berjaya ditawarkan kemasukan dengan surat tawaran rasmi KUIPs sahaja yang akan diberi ‘link’ untuk memohon biasiswa. - KitaReporters


Majlis Konvokesyen KUIPs.
Meriah majlis konvokesyen KUIPs.
KUIPs yang terletak di negeri Perlis.
16
12
0
7
0
You will be interested