Kampus & Pendidikan 16 Jan, 2024

Tahniah KUIPs! Tiga pensyarah menang pingat emas Ulul Albab Innovation Competition and Exhibition!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this

Prof Dr Muhamad Rozaimi (kiri) bertemu dengan tiga penyelidik KUIPs yang menangi Pingat Emas di UPSI. 


Tiga pensyarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Siti Fadhilah Ghazali, Naimah Abu Kasim dan Suharne Ismail memenangi Gold Medal (pingat Emas) bagi pertandingan inovasi kategori C (ahli akademik/penyelidik)  sempena Ulul Albab Innovation Competition and Exhibition (UAICE) 2024 yang dianjurkan oleh Pusat Ulul Albab, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 13 Januari 2024.

Ketua penyelidik Siti Fadhilah berkata, tajuk  inovasi yang diketengahkan ialah Zakat on Inheritance: A Proposed of Implementation Zakat Guidelines Standard.


Siti Fadhilah Ghazali (kiri) bersama dua rakan penyelidik dari KUIPs yang menyertai pertandingan inovasi di UPSI.

“Pemilihan tajuk ini adalah bagi memberi kesedaran dan membantu semua pihak termasuk Institusi Zakat Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, institusi pentadbiran harta pusaka, pengamal undang-undang dan semua orang awam yang beragama Islam berkenaan kewajipan terhadap ahli waris bagi menunaikan zakat yang diperolehi daripada harta pusaka,” katanya ketika ditemui selepas berkongsi kejayaan mereka dengan Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle. 

Fadhilah menambah Institusi zakat memang berada di barisan hadapan bagi memainkan peranan mereka namun kesedaran dalam kalangan masyarakat dan beberapa institusi lain perlu digerakkan agar wang zakat yang terkumpul itu kelak dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan. 

Sementara itu Dr Muhamad Rozaimi yang ditemui berbangga dengan pencapaian pensyarah-pensyarahnya kerana berjaya memenangi Gold Medal dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan di UPSI itu.

“Pastinya kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga KUIPs malah yang penting dapat membantu Institusi Zakat Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, institusi pentadbiran harta pusaka, pengamal undang-undang dan juga menyedarkan masyarakat islam mengenai zakat,” ujar beliau ketika ditemui.


Ketua Penyelidik Siti Fadhilah Ghazali.

Semoga inovasi yang diketengahkan ini dapat membantu masyarakat dalam mengharungi kehidupan mereka termasuk membantu pelajar-pelajar dalam pengajian mereka juga.

Penyertaan tiga pensyarah KUIPs dalam UAICE 2024 kali ini adalah kesinambungan daripada penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi pada peringkat KUIPs iaitu Innovation, Invention & Design (KIID 2023) yang diadakan pada 15 November 2023.

Hasil daripada penyertaan tersebut, mereka telah membuat penambahbaikan dalam beberapa aspek bagi memastikan penyelidikan ini memberi impak yang lebih signifikan kepada institusi yang terlibat.

Justeru, dengan penglibatan ini diharapkan memberi inspirasi kepada golongan penyelidik dan ahli akademik untuk menyalurkan idea dalam meningkatkan elemen inovasi dalam bidang penyelidikan.

Pertandingan inovasi yang disertai ini melibatkan 30 kumpulan terdiri daripada ahli akademik/penyelidik, guru-guru sekolah, pelajar-pelajar IPT serta para pelajar sekolah.

Antara institusi yang mengambil bahagian ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Ungku Omar, institusi-institusi di bawah MARA dan sekolah-sekolah pada peringkat menengah dan rendah.



Majlis perasmian penutup Ulul Albab Innovation Competition and Exhibition (UAICE) 2024 telah dirasmikan oleh Pengasas Konsep Ulul Albab, Tan Sri Idris Jusoh.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPSI, Prof. Dr. Abdul Rahim Razalli serta Dr Sakinah Salleh, Pengarah Pusat Ulul Albab UPSI dan wakil-wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). - KitaReporters/KUIPs

 

 

12
14
0
16
0
You will be interested