Kampus & Pendidikan 22 Nov, 2025

Minat bidang IT! Sertai kursus tajaan Yayasan Peneraju! Kelolaan Nexpert Academy! 0% bayaran balik!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Dalam usaha memperkasa generasi muda menghadapi ekonomi digital, Nexperts Academy mempelawa belia tanpa asas IT untuk menyertai program latihan teknologi profesional yang kini dibuka untuk pengambilan terakhir di bawah pembiayaan Yayasan Peneraju. 



Nazreen Abdul Ghani (kiri) dan Shaazana Abdul Ghani pada sidang media mengenai program pendidikan IT  yang dikendalikan.


Program ini direka khusus untuk peserta bermula dari sifar, termasuk lepasan sekolah, belia bekerja, suri rumah dan mereka yang ingin bertukar kerjaya dari usia 16 tanun ke atas.

Sejak dilancarkan pada Mac/April 2025, inisiatif Yayasan Peneraju ini telah menerima lebih 3,800 permohonan, dengan 1,200 peserta berjaya mendaftar dalam kursus seperti Artificial Intelligence (AI), Machine Learning (ML), Cybersecurity, Networking dan Cloud Computing. 

Daripada jumlah itu, lebih 68% peserta tiada asas IT, menjadikan program ini salah satu platform paling inklusif untuk membina bakat teknologi Bumiputera.

“Hampir 70% peserta yang masuk sebenarnya tiada asas IT -- tetapi mereka berjaya kerana modul kami direka bertahap dan berpandukan keperluan industri,” kata Pengarah Akademi Nexperts, Nazreen Abdul Ghani pada sidang media yang diadakan pada 20 November 2025 lalu.


Dari kiri: Shaazana, Nazreen, Abdul Vaheed, Yash Sharma, Nikun Bhatiya dan Samir Nijam Maniyar.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Nexpert Akademi, Abdul Vaheed; Pengurus Branding dan Pemasaran, Shaazana Abdul Ghani ; Jurulateh/ Pemprogram, Yash Sharma; Jurulatih Nikun Bhatiya dan Samir Nijam Maniyar serta beberapa alumni Nexpert antaranya Ahmad Syamil Azamriaib yang berkongsi pengalaman dan manfaat yang mereka peroleh melalui pembelajaran AI dan CompTIA Cloud+.

Ahmad Syamil  Azamriaib berkongsi pengalamannya setelah lulus kursus CompTIA Cloud + yang diambilnya tanpa bayaran balik.


“Ini menunjukkan sesiapa sahaja boleh berjaya dalam bidang teknologi jika diberi latihan dan sokongan yang betul.” tambah Nazreen.

Sektor teknologi Malaysia kini berdepan kekurangan bakat kritikal -- berdasarkan laporan LinkedIn, Malaysia mencatat kekurangan 29% tenaga mahir digital, sementara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menganggarkan keperluan lebih 500,000 pekerja digital menjelang 2030 bagi memenuhi permintaan industri.

Pada masa yang sama, negara juga berdepan risiko serangan siber yang meningkat. 

Berdasarkan laporan CyberSecurity Malaysia 2024–2025, negara mencatat lebih 7,000 insiden siber setahun, termasuk serangan ransomware yang meningkat 36%, menjadikan keselamatan siber sebagai bidang paling kritikal. 

Permintaan industri terhadap jurutera cloud, penganalisis data dan pakar keselamatan siber terus melonjak. 

Industri melaporkan bahawa 4 daripada 10 kekosongan pekerjaan IT kekal tidak terisi kerana kekurangan bakat tempatan berpensijilan.


Yash Sharma, pakar pemprogram dan jurulatih pelajar bersama Nazreen.

Sehubungan itu, sebagai antara penyedia latihan terbesar dalam program latihan IT, Nexperts Academy menawarkan kursus seperti Network & Multicloud Bootcamp yang membolehkan peserta memperoleh tiga pensijilan antarabangsa — CompTIA Network+, CompTIA Cloud+ dan Microsoft Certified Azure Associate.

Data dalaman akademi menunjukkan lebih 82% peserta bootcamp meningkatkan gaji atau jawatan dalam tempoh 3–6 bulan, menjadikannya antara kursus paling berimpak.

Skim pembiayaan Yayasan Peneraju pula menawarkan kategori Silver-tier dengan 0% bayaran balik, bergantung kepada kehadiran dan prestasi peserta. 

Sehingga Oktober 2025, lebih 420 peserta telah layak mendapat kategori pembiayaan tanpa bayaran balik, angka tertinggi sejak program diperkenal.

Sementara itu, Shaazana menegaskan bahawa penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi perlu dipertingkat untuk memastikan daya saing negara.

"Ekonomi digital Malaysia tidak dapat berkembang tanpa saluran bakat Bumiputera yang mahir,” ujarnya.

Menurutnya lagi, ketika industri memerlukan setengah juta bakat digital menjelang 2030 program seperti ini memberi laluan kepada mereka yang tidak pernah diberi peluang sebelum ini.


Beberapa pelajar menunjukkan contoh pembelajaran AI dan juga bagaimana cara 'hacking' dilakukan melalui kursus 'Certified Ethical Hacker (CEH).


Dengan pengambilan terakhir kini dibuka sehingga 15 Disember 2025, Nexperts Academy menyeru belia Bumiputera yang ingin memulakan kerjaya lebih stabil, berpendapatan tinggi dan sejajar dengan masa depan digital negara untuk memohon sebelum tarikh tutup.

Maklumat lanjut boleh layari laman web https://www.nexpertsgrants.com. - KitaReporters

12
7
0
26
0
You will be interested