Kampus & Pendidikan 05 Nov, 2024

Kejayaan Dana Wakaf Jamalullail! Hasil pelaburan digunakan untuk program ilmiah, bantu pelajar KUIPs!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Pelajar KUIPs turut hadir pada Forum Dana Wakaf Jamalullail bertemakan Wakaf Tunai dan Peranannya dalam Pembangunan Pendidikan Berkualiti ini.

Hasil pelaburan daripada Dana Wakaf Jamalullail (DWJ) yang disumbangkan oleh orang ramai digunakan untuk program ilmiah dengan membantu pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan orang ramai.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dalam ucapannya berkata, program Forum Dana Wakaf Jamalullail bertemakan Wakaf Tunai dan Peranannya dalam Pembangunan Pendidikan Berkualiti ini adalah dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).


Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle


Katanya, forum yang dianjurkan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar ini diharap dapat memberi pendedahan mengenai kesedaran umum dan kebaikan dalam berwakaf yang diterapkan dalam sesi forum ini.

“Sumbangan dari orang ramai kepada Tabung DWJ ini di bawah pengurusan KUIPs ini kekal dalam bentuk tunai dan hanya menggunakan hasil daripada pelaburannya sahaja,” sambung beliau.

Menurut beliau setelah mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) maka hasil daripada pelaburan itu digunakan untuk program ilmiah dan membantu pelajar dan masyarakat yang memerlukan.

Moga kerjasama seperti ini  akan diteruskan dan memberi manfaat kepada pelajar dan orang ramai dengan menaja buku, berikan makan, bantuan kecemasan kepada pelajar, menganjurkan Daurah dan lain-lain lagi.


Moderator forum Ustaz Mazlan Mohd Ibrahim (tengah) dan ahli panel Prof Dr Basri Ibrahim dan Prof Dr Azman Mohd Noor.
Penyampaian cenderamata kepada ahli panel oleh Rektor KUIPs.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Ustaz Mohd Nazim Mohd Noor (kiri) menerima cenderamata daripada Rektor KUIPs.

Moderator forum ini ialah Ustaz Mazlan Mohd Ibrahim manakala dua ahli panel yang dijemput ialah Prof Dr Basri Ibrahim dan Prof Dr Azman Bin Mohd Noor.

Turut hadiri program ini ialah barisan EXCO KUIPs, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Pengarah Wilayah Utara BKRM dan pegawai-pegawai BKRM, Imam Besar Negeri Perlis, Jawatankuasa Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar, staf dan pelajar KUIPs.

Dana Wakaf Jamalulllail (DWJ) adalah skim wakaf tunai yang kekal dalam bentuk tunai dan tidak akan ditukarkan ke dalam bentuk aset serta dilaburkan dalam pelaburan yang selamat seperti Akaun Pelaburan Am iaitu Simpanan Tetap Islam. - KitaReporters


Rektor KUIPs bergambar kenangan selepas majlis forum bersama Pengarah Wilayah Utara Bank Rakyat dan tetamu jemputan. 

12
8
0
11
1
You will be interested