Insan & Komuniti 30 Dec, 2020

Video| Lagi usaha mulia Ustaz Ebit Lew! Terkini: Beri kerusi roda kepada OKU yang memerlukan

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SIAPA perlukan kerusi roda? Kerusi roda percuma! Setakat ini, sebanyak 150 buah kerusi roda yang sudah dibeli dan sesiapa  terutama golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan kerusi roda bolehlah menghubungi Pertubuhan Kasih Umat Malaysia melalui talian 011-70787900. : KitaReporters


EBIT Lew bersama 150 buah kerusi roda yang bakal diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.  -  Kredit foto : FB Ebit Lew


Lagi cerita-cerita kebaikan Ustaz Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew


Jikalaulah tidak mencukupi, pihaknya akan membeli atau menambah lagi kerusi roda berkenaan untuk diagihkan secara percuma kepada mereka yang memerlukan, kata penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew pada hari ini, Rabu 30 Disember 2020.

Melalui laman Facebooknya, Ebit Lew yang sebelum ini memberi pelbagai sumbangan kepada orang ramai di negara ini tanpa mengira bangsa serta agama berkata, pohon doakan yang terbaik bagi mereka yang hidup dalam daif serta kemiskinan.


Kredit Foto : FB Ebit Lew


``Kita baru beli kerusi roda untuk dihadiahkan kepada sesiapa yang memerlukannya. Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,’’ katanya. 

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irwan Ibrahim Lew sememangnya sejak dari dahulu lagi tidak pernah putus membuat kerja-kerja kebajikan apatah lagi ketika ini kebanyakan rakyat yang terkesan pendapatan mereka akibat Covid-19.




Bantuan yang disalurkan itu dalam pelbagai bentuk terhadap kaum Melayu, India dan Cina menyebabkan mereka terharu dengan sumbangan yang dihulurkan daripada Ebit Lew yang berhati mulia. 

Kenapa tidaknya sebab penceramah bebas itu bukanlah seorang tokoh politik tersohor yang sentiasa mencari pengaruh dirinya selain untuk sesuatu parti yang berselindung di sebalik pemberian kepada insan yang memerlukan.




Sebaliknya beliau hanya seorang insan yang berhati murni pantang mendengar orang hidup menderita ataupun mereka dirundung apa-apa masalah, lambat laung pastinya dia akan tiba.

Kebanyakan netizen dalam media sosial memuji dan mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ebit Lew yang suka membantu orang susah di mana juga mereka berada. 

Seorang pembaca, Patma Najib berkata semoga Allah memberkati setiap perbuatan kebaikan yang Ebit Lew lakukan dan semoga ustaz,  keluarga dan team ustaz sentiasa dimurahkan rezeki yang halal. - KitaReporters

3
1
1
0
0
You will be interested