Kisah Insan 14 Jan, 2021

Syekh Ali Jaber dikenang sebagai pendakwah yang mesra, disenangi! Tanpa kebencian, permusuhan

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

"MENDENGAR ceramah dia membuat hati saya berasa tenang, aman dan bersyukur kerana itulah ajaran sebenar Islam." Begitulah reaksi tulus Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) terhadap pulangnya ke rahmatullah pendakwah terkenal Indonesia, Syekh Ali Jaber pada pagi tadi Khamis, 14 Januari 2020. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. : KitaReporters


Almarhum Syekh Ali Jaber  - Kredit foto RCTI


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan mereka yang telah meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia


Menurut bekas Presiden Indonesia yang keenam itu, almarhum ada menziarah Allahyarham isterinya, Kristiani Herrawati (Ani Yudhoyono) semasa di hospital di Singapura pada 2019. Ani dimasukkan di Hospital Nasional Singapura pada 2 Februari 2019 dan meninggal dunia pada 1 Jun 2019.

Semasa ziarah tersebut, kata SBY seperti yang dipetik oleh laporan Antara, Almarhum Syekh Ali Jaber mengingatkan dia agar kuatkan semangat, tidak mudah kecewa dan banyak bersabar.

"Ceramah Syekh Ali Jaber bebas daripada sebarang kebencian dan permusuhan," tambah Susilo.


Kredit foto: Telusur.com


Berita sedih pada tanggal 1 Jamaldilakhir 1442 Hijrah bersamaan 14 Januari 2021 (Masehi), Syekh Ali Jaber atau nama penuhnya Syekh Ali Saleh Mohammed Ali Jaber telah meninggal dunia pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta, Indonesia. 

Khabar duka kematian almarhum mula tersebar dalam media sosial berikutan tersebarnya tulisan oleh Ustaz Yusuf Mansur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.

Menurut laporan berita portal CNCB Indonesia, berita kematian almarhum turut disahkan oleh Ketua Yayasan Syekh Ali Jaber, Habib Abdurrahman secara ringkas dalam rakaman nota suara (voice notes) yang dihantar beliau.



Syekh Ali Jaber berusia 44 tahun pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 lalu. Almarhum kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada keesokan harinya kerana mengalami masalah kesihatan di Rumah Sakit Yarsi.

"Keadaannya beransur baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan," menurut kenyataan dalam Instagram itu.

Namun beberapa hari kemudian, gambar beliau tersebar luas dalam laman sosial menunjukkan Syekh Ali tidak sedarkan diri dan menggunakan alat pernafasan atau ventilator.


Ustaz Yusuf Mansur (tengah) bersama dengan keluarga almarhum berdoa untuk jenazah Syekh Ali Jaber di Rumah Sakit Yarsi, Cempaka Putih, Jakarta Timur. - Kredit foto: Suara.com/Alfian Winanto


Dalam ruang komen (media sosial), warga net sentiasa berdoa memohon kesejahteraan dan kesembuhan almarhum.

Namun apakan daya ajalnya telah sampai Syekh Ali Jaber akhirnya kembali ke rahmatullah bertemu Yang Maha Esa dan jazad almarhum yang dikatakan negatif Covid-19 telah dibenarkan dibawa keluar oleh pihak perubatan Rumah Sakit Yarsi, Jakarta.

Jenazah Syekh Ali Jaber telah dimakamkan di Komplek Pondok Pesantren Darul Quran, Tangerang, Banten, yang merupakan milik Ustaz Yusuf Mansur atas permintaan keluarga almarhum. 


Orang ramai turut merasa sedih dan mengiringi jenazah Syekh Ali Jaber yang dibawa keluar dari Rumah Sakit Yarsi, Cempaka Putih, Jakarta Timur,Indonesia. - Kredit foto Suara.com/Alfian Winanto


Syekh Ali Jaber dilahirkan di Madinah, Arab Saudi pada 3 Februari 1976 dan merupakan anak sulung daripada 12 adik-beradik.

Pendakwah ini telah mula menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 10 tahun dan kemudian pada usia 13 tahun telah diamanahkan menjadi imam masjid di sebuah masjid di kota Madinah.

Almarhum mula aktif berdakwah di Indonesia pada usia 32 tahun dan dia mendirikan rumah tangga dengan Umi Nadia, wanita kelahiran Lombok, Indonesia. Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Hasan.

Pada 2012, almarhum telah mendapat kerakyatan Indonesia daripada Susilo Bambang Yudhoyono dan kini menetap di Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTB).


Jenazah Syekh Ali Jaber dimakamkan di Komplek Pondok Pesantren Daarul Quran, Tangerang, Banten, Indonesia. - Kredit foto Suara.com


Di Lombok, beliau terus aktif dalam dunia dakwah dengan menjadi guru al-Quran, imam, dan pendakwah di Masjid Besar Al-Muttaqin Cakranegara, Lombok, NTB, Indonesia.

Almarhum juga pernah menjadi juri program Hafiz Indonesia dan menjadi Dai dalam beberapa program televisyen Indonesia. 

Pada September 2020 lalu, almarhum pernah cedera selepas diserang oleh individu yang tidak dikenali dengan menggunakan senjata pisau ketika menyampaikan ceramah agamanya di Bandar Lampung, Indonesia.

Al-Fatihah! Semoga roh almarhum dicucuri rahmat ditempatkan bersama orang-orang beriman dan soleh. - KitaReporters


Sumber:

https://celebrity.okezone.com/read/2021/01/14/33/2344188/ustadz-yusuf-mansur-syekh-ali-jaber-sudah-negatif-covid-19

https://www.world-today-news.com/sheikh-ali-jaber-pulled-out-the-knife-himself/

https://banten.suara.com/read/2021/01/14/155215/foto-foto-jenazah-syekh-ali-jaber-diantar-ke-makam

https://dai.ly/x7yobob

2
0
12
0
0
You will be interested

Video| Betul ke ni? Aliff Syukri menangis! Undur diri dari media sosial! Netizen anggap hanya helah?

"HARI tu kata dah insaf, buat lagi. Betul ke? Dato ni insaf betul2 ke? Sekali dua bolehlah dianggap khilaf tapi kalu berulang, itu bukan khilaf lagi" - Netizen

Video| Tabik spring kakak ni! Terjatuh masa buat catwalk! Tapi model tetap profesional di runway!

Tular video seorang model atau peragawati yang terjatuh ketika peraga baju sehingga jadi tarikan ramai tapi wanita itu teruskan acara dengan penuh profesional
Nur Syamila Kamarul Arefin in Kisah Insan 1 hour ago

Video| Keberanian bawa padah! Pemandu gagal redah laluan dinaiki air! Jengkaut jadi penyelamat!

Seorang pemandu trak pikap yang dilihat sangat berani menyeberangi sebatang sungai di kawasan pedalaman Sarawak walaupun tahu arus deras akhirnya membawa padah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 hours ago

Video| Besar pahala cikgu ni! Guru jadi pengasuh adik pelajar! Kakak dalam kelas ikuti pelajaran!

Seorang guru sekolah meengah kongsi video dia jadi pengasuh kepada adik salah seorang pelajarnya yang akan menduduki SPM ketika dalam kelas kerana tiada penjaga
Fitri Hazim in Kisah Insan 1 day ago

Video| Hebatnya cikgu ini! Guna kreativiti sendiri! Bagi murid-murid mudah faham, minat belajar!

Tular video guru @nanadayana mengajar murid-muridnya mengenai hari dalam seminggu dalam bahasa Inggeris dengan cara kreatif sekali gus tarik minat anak didiknya
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago