Insan & Komuniti 11 Apr, 2021

Berita Terkini| Bazar Ramadan, Aidilfitiri di Kelantan dibatal serta merta! Covid-19 bertambah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PENGANJURAN Madinah Ramadan, Bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di seluruh Kelantan dibatalkan serta merta.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Kelantan, Dr Izani Husin menerusi Facebook rasminya pada Ahad, 11 April 2021.

“Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan. Madinah Ramadan ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19,” katanya.

Madinah Ramadan adalah program tahunan melibatkan solat tarawih berjemaah, berbuka puasa dan bersahur beramai-ramai, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, tazkirah serta bicara keilmuan, yang diadakan di dalam kawasan stadium negeri. 

Terdahulu, pada Sabtu 10 April 2021, kes Covid-19 di Kelantan mencatatkan 171 kes dan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 7,021 kes. - KitaReporters


1
2
4
0
0
You will be interested