Insan & Komuniti 07 Apr, 2021

Berita Terkini| Pelakon veteran Noryati Taib meninggal dunia! Akibat sakit tua di Johor Bahru

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


DRAMATIS Noryati Taib dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 1.45 pagi 7 April 2021 di rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor Bahru.

Pelakon wanita yang berusia 63 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Hashim Mohd Yusoff.

Berita kematian pelakon veteran yang lebih dikenali Mak Cik Petir itu disahkan sendiri oleh anak saudaranya yang juga pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin menerusi Instagramnya @budakijat.

“Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.

“Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yg solehin. Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib. Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini,” kongsinya.

Pada September 2017 Noryati yang menghidap penyakit kencing manis sehingga menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail selain mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang kritikal.

Malah Februari 2021 lalu, Noryati juga disahkan positif Covid dan menerima rawatan di Hopital Permai, Johor Bahru.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, awal pagi 7 April 2021.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, marilah sama-sama sedekah al-Fatihah. - KitaReporters


 

1
0
7
2
0
You will be interested