Kisah Insan 11 Apr, 2021

Demi sara cucu! Nenek cat badannya warna perak! Mengemis di jalanan di bawah matahari terik!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sejak 2007 dan masih terus mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

TERPAKSA mengemis demi kelangsungan hidup bersama cucunya, Reihan yang kini berusia dua tahun. - Kredit Foto Merdeka.com


PADA saat kita merasakan diri kita susah, hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang lagi susah, yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi.

Baru-baru ini tular kisah seorang nenek dari Tangerang, Jawa, Indonesia yang tampil kreatif dengan mewarnakan seluruh badan dengan warna perak sambil mengemis di tengah jalanan.

Tindakan luar biasa itu menjadi tular selepas kisahnya dikongsi portal merdeka.com dan mencuri perhatian netizen.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan nenek


SETIA mengendong cucunya dalam keadaan matahari tegak di puncak untuk mencari nafkah halal.


Menurut nenek itu, dia terpaksa melakukan semua itu demi meneruskan kehidupan bersama cucunya.

Mungkin tiada kudrat lagi untuk melakukan kerja-kerja lain menyebabkan wanita warga emas itu nekad mewarnakan dirinya dengan warna perak sebagai usaha mencari rezeki halal.

Hiba melihat pengorbanan nenek tua yang berusia 60-an itu sanggup mengemis di jalanan demi mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan.

Lebih menyedihkan nenek itu terpaksa mengecat seluruh badan dengan warna perak dan berdiri di tengah panas demi mencari rezeki untuk dirinya dan cucu yang berusia dua tahun.

Namun inilah dikatakan kasih sayang seorang nenek segalanya sanggup dilakukan sehingga hilang malu demi kasihnya kepada cucu yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang bercerai dan membawa haluan sendiri.


NENEK itu pernah bekerja sebagai pembantu rumah suatu ketika dahulu di kawasan Tangerang.


Allahu kesiannya...sepatutnya pada usia sedemikian nenek itu mendekati diri di masjid menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan ilmu agama.

Namun kerana tiada pilihan, nenek tua itu terpaksa melakukan demi sesuap nasi cucu kesayangannya.

Berkongsi pekerjaan yang dilakukan, nenek itu berkata sudah empat bulan dia menjadi pengemis jalanan dengan mewarnakan diri warna Perak.

Mungkin tiada kudrat lagi untuk membuat kerja-kerja lain yang lebih berat membuatkan wanita cekal itu nekad melakukan demi sesuap nasi bersama cucu kesayangan.

Sebelum ini, nenek itu pernah jadi pembantu rumah di kawasan Tangerang Indonesia. Namun, kini dia sudah tidak bekerja lagi dan nenek tidak mempunyai pilihan selain bekerja sebagai manusia perak demi untuk cucunya, Reihan.


MENGECAT suluruh badannya dengan warna Perak bagi menampakkan kelainan ketika mencari rezeki.


Menurut nenek itu, kedua-dua orang tua Raihan sudah lama bercerai dan sejak itu mereka tidak pernah melawat Raihan apatah lagi memberikan nafkah kepada si kecil itu.

Sepanjang mengemis kelihatan nenek itu cekal memeluk erat si kecil Reihan sambil membawa kotak duit dengan harapan agar mereka yang berhenti akan menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya yang mungkin boleh dijadikan perantara untuk sesuap nasi.

Semoga pengorbanan dilakukan nenek itu berbayar apabila Reihan besar dan menjadi manusia berguna selain sempat 'membayar' jasa nenek kepadanya. - KitaReporters


 

2
0
3
0
0
You will be interested

Semuanya kerana wang! Wanita mengaku terlantar lumpuh! Terima lebih RM3.25j sejak 13 tahun menipu!

Frances Noble di Hertfordshire, London sanggup mengaku dirinya lumpuh dan terlantar untuk dapat peruntukan kewangan yang disediakan bagi individu yang tak sihat

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

Video| Tragis! Bayi perempuan maut digigit ibu kandung sendiri! Dipercayai alami gangguan mental!

Bayi perempuan usia 3 bulan meninggal akibat digigit ibu kandung di Desa Rasabou, Bima, Nusa Tenggara Barat (NTB). Wanita itu dipercayai alami gangguan mental
Amil Abdullah Saiby in Kisah Insan 1 day ago

Tolong kami! Bantu Bob Lokman! Rayu bantu biayai rawatan! Andai pergi dahulu, nanti maafkannya!

Saya hanya berserah pada Tuhan sahaja. Usaha apa yang patut. Itulah andai saya pergi dahulu nanti maafkan saya. Saya pun tak tahu berapa lama lagi - Bob Lokman
Jamliah Abdullah in Kisah Insan 2 days ago

Video| Doakan semoga segera sembuh! Emak patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk! - Anak

Emak cedera parah dengan patah bahu kanan, tangan kiri, dua tulang rusuk. Sudah sedarkan diri tetapi masih dalam pemantuan di Hospital Pulau Pinang - Yaya Gani
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 4 days ago

Syamsul Yusof yang multi-talented! Karya terus dapat sambutan hebat! Tak perlu gimik, raih simpati!

Semenjak Syamsul Yusof terlibat dalam pengarahan filem sama ada sebagai pelakon, penulis skrip, penerbit boleh dikatakan setiap filem itu pasti pecah panggung
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 4 days ago