Insan & Komuniti 11 Feb, 2022

Video| Alamak silap besar bro! Ganggu wanita! Peninju muay Thai belasah lelaki! Kerana curah bir!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

TULAR video menunjukkan peninju wanita profesional melepaskan tumbukan ke arah lelaki yang menyimbah bir ke arahnya selepas menolak ajakan lelaki berkenaan yang mahu melagakan bir bersama.


WANITA selalu dianggap lemah, namun ungkapan itu sudah dianggap lapuk dan tidak relevan hari ini kerana wanita kini boleh dianggap berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan kaum Adam.

Malah tidak keterlaluan dikatakan pencapaian wanita hari ini melebihi kaum lelaki.

Namun begitu kehebatan itu bukanlah tiket untuk menjadikan wanita sebagai bermegah-megah kerana tidak semua wanita berada di hadapan kerana adakala semangat lelaki masih diperlukan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pergaduhan

Papeploy ketika di gelanggang tinju


Namun berlaku kejadian melucukan di Bangkok, Thailand apabila seorang lelaki dikatakan tersalah tempat untuk bergurau dengan wanita

Apa tidaknya wanita yang cuba diganggu itu bukan calang-calang orang... seorang petinju wanita profesional Muay Thai!

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki mendekati wanita berkenaan, Pareploy Saeaia, yang sedang minum bersama rakan-rakan di sebuah gerai di tepi jalan di Bangkok, baru-baru ini.

Namun lelaki itu menghampiri Papeploy dan meminta untuk melagakan gelas tetapi wanita ayu itu menolak dengan cara baik.

Mungkin geram dan tercabar selepas wanita cantik menolak untuk melagakan bir lelaki tersebut terus 'angin' sebelum mencurah bir tersebut ke atas kepala petinju wanita berkenaan.




Keadaan menjadi panas apabila wanita tersebut bangkit sebelum memberikan habuan kepada lelaki tersebut.

Ambik kau...salah oranglah!

Pareploy mempunyai rekod 40 kemenangan dalam 50 pertarungan dilihat menolak, menendang dan menumbuk lelaki tersebut  dalam pergaduhan berkenaan.

“Jika ini berlaku kepada wanita lain, mereka mungkin memilih untuk tidak bertindak balas.

"Lelaki itu memilih orang yang salah kerana saya seorang petinju,’’ tulis Pareploy di Facebook miliknya yang memuat naik  video pergaduhan berkenaan.




Kisah pergaduhan di tepi jalan itu dirakam oleh kamera dan video tersebut dikongsikan secara meluas dalam media sosial

di Thailand sehingga menjadi tular.

Netizen yang menyaksikan video masing-masing meninggalkan komen sambil menyatakan amat malang nasib lelaki berkenaan kerana tersalah orang untuk bergurau.

Pareploy menjadi petinju profesional muay Thai sejak usia kecil lagi. Wanita berusia 24 tahun itu tersebut pernah memenangi beberapa pingat pada peringkat kebangsaan sejak 2013. 

Dia kini bertugas sebagai jurulatih tinju dan melatih atlet kebangsaan.

Bagaimanapun kedua-duanya menyelesaikan kes itu di balai polis dengan permohonan maaf dan membayar denda sebanyak 1,000 baht (RM127.19) setiap seorang. - KitaReporters


7
15
0
9
0
You will be interested