Insan & Komuniti 18 Mar, 2021

Video| Tabik SM Maznan! Berjaya selamatkan remaja perempuan cuba bunuh diri terjun jejantas!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Sarjan Mejar (SM) Maznan Omar berlari pantas tanpa disedari remaja itu dalam misinya menyelamat mangsa cubaan bunuh diri untuk terjun dari sebuah jejantas di Bukit Tinggi, Pahang pada 16 Mac 2021. - Foto tangkap layar video PDRM.


BENARKAH remaja sekarang tidak boleh ditegur oleh ibu bapa atau penjaga? 

Umum mengetahui banyak kes atau kejadian melibatkan remaja-remaja sekarang berani menentang atau melawan cakap dan memberontak apabila kedua-dua orang tua menegur perbuatan salah terhadap anak-anak mereka.

Tidak kurang juga ada kes sanggup mencederakan dan membunuh ibu bapa sendiri apabila teguran itu tidak boleh diterima oleh anak-anak tersebut. 

Pelbagai faktor yang menjadikan institusi kekeluargaan hari ini semakin kucar-kacir dan runtuh akibat masalah remaja hari ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan remaja:

https://kitareporters.com/search?search=remaja



Sarjan Mejar (SM) Maznan Omar yang secara senyap-senyap telah menyusup dari belakang dan menarik pantas seorang remaja sebelum dia terjun dari jejantas di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak pada 16 Mac 2021. - Kredit foto: Tangkap layar video PDRM.


Tular satu video berdurasi 15 saat (milik PDRM) dalam media sosial yang memaparkan tindakan luar kewarasan seorang remaja perempuan yang cuba untuk terjun dari sebuah jejantas selepas ditegur oleh bapanya kerana terlalu asyik dan ketagih bermain video game dalam telefon bimbitnya.

Menurut laporan sebuah media tempatan, remaja yang berusia enam belas tahun bertindak nekad untuk terjun dari jejantas (flyover) yang terletak di KM 46 Lebuh Raya Kuala Lumpur menghala Karak berdekatan susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, Pahang.

Kejadian berlaku pada jam 2.12 petang, Selasa 16 Mac 2020 selepas telefon bimbitnya dirampas oleh bapanya dan menyebabkan remaja berkenaan terus mengugut bunuh diri dengan cuba terjun dari atas jejantas tersebut.




Walau bagaimanapun, cubaan remaja tu berjaya dihalang ekoran tindakan pantas oleh Ketua Polis Balai Bukit Tinggi, Sarjan Mejar (SM) Maznan Omar yang secara senyap-senyap telah menyusup dari belakang dan menarik dengan pantas remaja tersebut sebelum dia terjun dari jejantas berkenaan.

Remaja perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Hasil siasatan awal mendapati bahawa remaja berkenaan mengalami kemurungan dan kini masih lagi dalam rawatan.



Anggota bomba dan polis bersiap sedia dengan memasang kanvas keselamatan di bawah jambatan berkenaan bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan cuba terjun dari jejantas di Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak berdekatan Bukit Tinggi, Pahang. - Kredit foto: Twitter AnasAgentCoway.


Kredit video: FB Info Roadblock JPJ/Polis


Lantaran tular video itu, rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bomba dan penyelamat, selain berusaha memujuk dan menyelamatkan remaja perempuan terbabit.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.12 petang sebelum menghantar sepasukan anggotanya dari Balai Polis Bukit Tinggi ke kawasan kejadian.



Remaja tersebut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke balai polis bagi diambil keterangan lanjut. - Kredit foto: Tangkap layar video PDRM.


Perbuatan membunuh diri dalam kalangan remaja semakin membimbangkan apabila seawal usia 13 tahun telah disahkan mempunyai kecenderungan atau merancang untuk berbuat demikian.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, Kementerian Kesihatan mendedahkan, 11.2 peratus remaja dalam kelompok itu mempunyai idea untuk membunuh diri, 9 peratus merancang untuk bunuh diri dan 10.1 peratus melakukan cubaan untuk bunuh diri. - Kitareporters


Sumber:

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1371796234357252097?

www.thevocket.com%2Faksi-ketua-polis-balai-bukit-tinggi-selamatkan-remaja-diri-raih-perhatian-netizen%2F

4
4
4
2
0
You will be interested