Insan & Komuniti 15 Jul, 2020

Covid-19: Tak boleh membonceng! Hanya yang berkahwin boleh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
FILIPINA mengenakan peraturan baharu dalam pencegahan Covid-19 mulai bulan Julai ini. Kerajaan di bawah pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte itu, tidak membenarkan motosikal ditunggang berdua. Pasangan suami isteri dibenar membonceng berdua, tetapi perlu membawa sijil perkahwinan bersama jika ditahan oleh pihak berkuasa. : KitaReporters

Pembonceng motosikal membawa sama gambar perkahwinan sebagai bukti perkahwinan. - Kredit foto: elite readers.com


Seperti dipetik dari laporan Elite Readers, peraturan ini telah dikuatkuasakan di Commonwealth Avenue, Quezon City.

Bagi pasangan suami isteri yang tidak dapat menunjukkan sijil nikah, mereka boleh ditangkap oleh pihak polis

Selain itu, mereka juga perlu menerapkan protokol kesihatan ketika membonceng seperti memakai topi keledar, pelitup muka atau face mask.

Pasangan suami isteri ini memperlihatkan foto pernikahan mereka bagi membolehkan bergerak bersama. - Kredit foto: elite readers.com


Ekoran peraturan ini, masyarakat Filipina punya cara-cara kreatif untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri.

Ia sama ada membingkai sijil nikah hinggga memamerkan foto nikah mereka di depan motor.

Filipina adalah antara negara di Asia yang mempunyai kadar jangkitan Covid-19 tertinggi. - KitaReporters

1
0
1
0
0
You will be interested